OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 August 2015 6:20 PM
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah takdir Allah dan percaya ada sebab mengapa ia terjadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berusaha menenangkan hati pemimpin Umno dari Kota Tinggi, Johor berhubung pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri baru-baru ini dan menyifatkannya sebagai "campur tangan Tuhan".
Katanya, beliau sedar perkembangan politik baru-baru ini di peringkat kebangsaan meninggalkan kesan ke atas negeri ini, tetapi beliau memberi jaminan kepada mereka "ada sebab bagi segala-galanya".
"Saya tahu di Johor, dengan keadaan politik di peringkat kebangsaan, segala-galanya kini seolah-olah polemik dan dalam kegawatan. Tetapi saya yakin apa yang berlaku kepada saya adalah campur tangan Tuhan.
"Ia adalah takdir Allah untuk saya. Ia seperti rukun Islam ke-6, percaya pada qada 'dan qadar," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Kota Tinggi di Felda Lok Heng Timur. – 21 Ogos, 2015.
# yang aku tak setuju hanya cara laporan 'campur tangan Tuhan'. Mana ada mana-mana kejadian atau pergerakan dengan tiada campur tangan Tuhan?
# yang aku tak setuju hanya cara laporan 'campur tangan Tuhan'. Mana ada mana-mana kejadian atau pergerakan dengan tiada campur tangan Tuhan?
percaya tak akan seluruh ayat kitab al Quran
ReplyDeletekalau pecaya kenapa selalu sanggah hukum jenayah yang Allah perintahkan
jangan hanya ambik yang untung diri saja tolak yang tak selera dihati
rukun Islam ada 5 tolak 1 tinggai 0 bukan 4
rukun iman ada 6 tolak 1 tinggai 0 bukan 5
hati hati sebelum mati
Kali ini bukan komedi. Betul 100%.
ReplyDeleteOrang politik mmg mcm tu..
ReplyDeleteCakap mesti mcm ular