Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 26, 2015

Serangan Zahid Hamidi tersasar jauh

Zahid perlu buktikan wujud unsur jenayah dalam ‘plot’ tidak percaya
08:30PM Ogos 25 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG:  Dia bertindak terburu-buru dan menyerang terlebih dahulu.
Tetapi tidak mengenai sasaran, kini nampaknya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sudah tersasar jauh daripada sasaran dan serangannya itu mungkin berbalik kepada dirinya semula mengenai dakwaan wujudnya plot menggulingkan kerajaan.
Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melencongkan lagi sasaran Zahid, dengan beban sekarang terletak kepada Zahid untuk membuktikan wujud elemen jenayah dalam plot untuk “menggulingkan kerajaan” yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Umno.
Juga terpulang kepada Zahid untuk membuktikan yang plot tersebut- yang telah dinafikan wujud oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pembangkang- tidak lebih sekadar taktik mengalihkan perhatian daripada isu lain negara yang lebih penting.
Dia kemudiannya membuat dakwaan lanjut yang dia sudah mengatur pertemuan di antara “orang tua” dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, walaupun ia dibatalkan pada saat akhir kerana orang tua itu segan dirakam kamera.
Bertentangan dengan dakwaan Zahid, sangat jelas yang menyingkirkan perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen atau memberikan petisyen secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah amalan yang boleh diterima dalam sistem demokrasi.
Walaupun Zahid berkata yang dia sudah menghantar bukti plot tersebut kepada polis, Khalid sebaliknya pada 24 Ogos berkata yang mereka tidak akan masuk campur dalam dakwaan seorang ahli politik kanan Umno cuba menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Khalid, dipetik berkata oleh laman berita dalam talian Malaysiakini, berkata: "Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau perdana menteri melalui cara yang tidak demokratik,"
Khalid berkata yang sekiranya tidak wujud elemen jenayah, perkara itu perlu diselesaikan oleh parti politik.
"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.
"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini," dia dipetik berkata.
Pada 17 Ogos, Khalid mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan dakwaan Zahid, berkata yang siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.
Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: “ Sesiapa sahaja, dengan apa cara sekalipun, langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen boleh dihukum dengan penjara sehingga dua puluh tahun.”
Pemerhati, bagaimanapun, berkata yang aktiviti berkaitan dengan dakwaan untuk “menjatuhkan kerajaan” perlu melibatkan keganasan atau paksaan.
Pada 22 Ogos pula, Zahid telah mengesahkan yang memang wujud plot untuk menjatuhkan kerajaan.
Dia dilaporkan berkata dia telah menerima laporan perisikan tentang perkara tersebut menerusi bidang kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri.
“Laporan perisikan ini disahkan oleh beberapa agensi...ia telah ditapis dan disahkan sebelum sampai kepada saya,” katanya, seperti dipetik oleh Malaysiakini.
Dia juga menegaskan yang modus operandi plot tersebut ialah mengumpulkan akuan berkanun (SD) dari MP Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuktikan Najib sudah tidak diyakini dan perlu diganti.
Pada 20 Ogos, SemutHarian telah memetik kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi yang berkata bahawa tidak salah untuk MP menyingkirkan PM selagi mana tidak wujud unsur rasuah atau cubaan melanggar sistem sedia ada.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

2 comments:

  1. Tangkap lah.

    Berita palsu yang boleh menghuru harakan negara. Tuduhan mengulingkan kerajaan bukan perkara main-main. Menakutkan pelabur.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa