Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 23, 2015

GHB dan PAS berbeza

 Published: 23 August 2015 6:51 PM
Muhammad Syafiq Azmi

Saya sengaja tidak menggunakan tajuk Gerakan Harapan Baru (GHB) vs PAS,sebab realitinya memang bukan PAS musuh GHB.
Melihat serta mendengar hujah kedua-dua pihak, saya berharap ada persefahaman yang boleh dicapai. Setidak-tidaknya belajar untuk menyerang musuh utama iaitu Umno-Barisan Nasional (BN).
Di saat rakyat semakin sengsara, ada di kalangan kita yang terus berpolemik dalam hal permasalahan rakyat. Ada yang lantang menyerang GHB, dan lunak dengan yang dulu dikatakan musuh utama politik mereka.
Dasar GHB adalah memperjuangkan Islam yang syumul, benar-benar membawa maksud sebenar “Rahmatan Lil Alamin”.
Jadi mengapa ada keperluan ia ditentang hingga ada yang mengeluarkan kenyataan menghalalkan darah mereka.
Di saat ucapan wakil-wakil tertinggi GHB cuba untuk tidak membakar sentimen yang ditinggalkan dalam muktamar lepas, pimpinan tertinggi PAS seolah-olah terus memainkan isu kecewa, tunduk pada DAP, umpama tiada isu lain yang lebih besar untuk dilaungkan.
Saya sempat hadir dalam sesi pengenalan kepada GHB oleh beberapa pimpinan seperti Suhaizan Kaiat, Yang Berhormat Khalid Samad, mereka meminta mengelak untuk bertelagah dengan yang ingin terus bersama PAS.
Memang dalam ucapan mereka ada menyentuh tentang PAS, namun ia sekadar menjawab tuduhan kepada mereka.
Akhirnya saya ingin meninggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan satu buah fikiran. PAS bertindak menyerang GHB adalah atas dasar tidak mahu ahli PAS terpengaruh dengan GHB.
Namun ambil sedikit masa berfikir, setiap figura politik pasti ada penyokong dan peminatnya,sudah pasti apabila mereka bersama wadah baharu,bala tentera ini pasti bersama, dan jika ada figura dalam PAS yang mengisytiharkan diri bersama Umno, mereka juga pasti membawa penyokong mereka bersama.
Biarkan ahli memilih, keluar PAS bukanlah bermakna keluar agama, sama juga dengan Umno, tidak bersama Umno bukan bermakna bukan lagi Melayu. – 23 Ogos, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

8 comments:

  1. GHB ORANG ORANG AKAL ATASI EMOSI

    PAS PULA EMOSI ATASI KEBIJAKSANAAN

    ITU PON KALAU PAS MILIKI OTAK , kata Omputeh "BRAIN"

    Kata Mat Bahalol aka Mat MONGOL , Kepala Otak !!!!!!!!!!!

    Bila pulak GHB nak dafter Parti Politik ??????

    Cakap cakap saja lah nak masok September dah....

    ReplyDelete
  2. MSA kata PAS bukan musuh GHB, bila pilihanraya GHB nak tanding semua kerusi yang ditandingi PAS. Kalau dah nama pertandingan mesti ada lawan, lawan itulah musuh, realitinya PAS memang musuh GHB, umno bukan musuh GHB malah GHB membantu umno kekal berkuasa. Masih nak nafikan PAS bukan musuh GHB.? Mat Sabu dah berbuih mulut macam kena sawan menyerang PAS, masih lagi kata PAS bukan musuh GHB. Itulah pemikiran golongan beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh.....biaq betul sdra, UMNO bukan musuh GHB malah membantu UMNO kekal berkuasa. Tolong bagi penerangan lebih lanjut apa yang GHB buat untuk membantu UMNO berkuasa zebab saya dah pening ni....

      Yang dok PAS dok minta tolong buat hudud ialah UMNO. HH kata UMNO sekarang dah xjahat macam firaun tapi dalam awal 80an dulu UMNO macam firaun. Bila ada ura2 hendak dibuat undi xpercaya kat Najib bagi menyelamatkan negara, HH larang MP PAS sokong. Najib tu bukan presiden UMNO ke?

      Ke saya silap dengar dan baca. Yang sebut semua tu bukan HH tetapi mat Sabu....tlg jawab soklan lat atas tu....pening la...

      Delete
  3. keluar pas keluar omno tadak bendo
    yang ditakuti sampai tak perasan seronok nak dapat sokongan puak manusia yang tak suka Islam laksanakan hukumnya
    sanggup tinggai perjuangan asai
    sandaran kepada Allah bukan manusia
    tak suka itu lu punya pasai
    berpakat ok tapi sampai nak lekehkan Islam boleh jalan la
    selamat jalan

    ReplyDelete
  4. Sudah-sudah lah tu bat8, realitinya nanti ada pertandingan tiga penjuru, PAS lawan umno dan GHB, umno kekal dengan penyokong dan pengundi tegar mereka, undi penyokong dan ahli PAS akan terbahagi kepada dua 30/70 ke 50/50 ke yang pasti GHB telah membantu umno tanpa perlu umno bekerja keras untuk mengekalkan kuasa, kerja-kerja mereka telah dilaksanakan oleh GHB, hanya manusia bebal saja sanggup menafikan fenomena ini.

    ReplyDelete
  5. Pemikiran generasi sekarang, dia akan teliti golongan mana yang boleh buat kerja dalam menjadi wakil suara mereka. Kalau nak dilantik jadi wakil rakyat sekadar nak beri gaji free dan mengeram di parlimen... rasanya generasi sekarang sukar nak serahkan undi mereka sewenang-wenangnya. Title hebat jika tak buat kerja rasanya takkan terpilih.

    ReplyDelete
  6. Eh eh eh, bukan PASkah yang menyebabkan terjadinya pertandingan 3 penjuru di PRU13 dulu... jadi apa dikisahkan walau 10 penjuru pun... buat perjanjian dengan Yahudi lebih baik dari buat perjanjian dengan PAS, kerana buat perjanjian dengan Yahudi telah dapat dipastikan bahawa mereka akan melanggar perjanjian itu. Buat janji dengan PAS, kita tak tahu sama ada ketuanya akan U-turn tanpa signal.

    ReplyDelete
  7. 3 penjuru bukan ahli dan penyokong PAS yang terbahagi dua tapi PAS lawan calon bidang terjun PKR, posmen pun boleh jadi calon, tiada screening, habis lingkup kerajaan PR Perak dek dua calon bidang terjun PKR dan satu DAP yang begitu mudah dibeli, sanggup bersidang dibawah pokok macam cerita P.Ramlee daa.....ada sebab mengapa PAS letak calon mereka, manusia perlukan penghijrahan dari keburukan kepada kebaikan, U-TURN diperlukan apabila ianya menguntungkan Islam, kamu nak buat perjanjian dengan Yahudi itu kamu punya pasal, tiada kena mengena dengan PAS. Kalau tiada U-TURN manusia tidak akan sampai kedestinasi yang dituju apabila kita terlajak dan terus terjun kedalam gaung pasal tak reti nak U-TURN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa