Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 28, 2015

PAS boikot atau tidak dijemput?

GHB sertai Bersih 4 sepenuhnya, ganti PAS yang boikot
Published: 28 August 2015 4:14 PM
GHB berkata akan menempatkan diri di kesemua 5 pusat himpunan utama di tengah-tengah bandaraya dengan Masjid Negara menjadi tumpuan kepimpinan mereka yang dipecahkan mengikut negeri asal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.

Ketika PAS tidak menyertai Bersih 4, kesemua pemimpin dan ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal turun menyertai himpunan kali ini yang akan bermula esok.
Mereka akan ditempatkan di kesemua 5 pusat himpunan utama di tengah-tengah bandaraya dengan Masjid Negara menjadi tumpuan kepimpinan mereka yang dipecahkan mengikut negeri asal.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu bersama timbalannya Salahudin Ayub akan berhimpun di Masjid Negara bersama pemimpin GHB dari Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
Turut sama di kawasan itu Datuk Dr Mujahid Yusuf, Mohd Sany Hamzan, Anuar Tahir, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.
Peserta dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula akan berkumpul di Central Market dengan dipimpin Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat, Mazlan Aliman, Aiman Athirah, Adly Zahari, Zulkefly Mohamad Omar dan Aminolhuda Hassan.
Para peserta dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang pula akan berkumpul di Menara Maybank dengan dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Izeham Hashim dan juga Dr Hamzah Jaafar.
Di Sogo pula, peserta dari Kelantan dan Terengganu akan berhimpun di bawah pimpinan Datuk Kamarul Baharin, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Peserta GHB dari Perak pula akan berhimpun di Brickfields dengan dipimpin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan Asmuni Awi.
Turut serta bersama pimpinan mereka adalah pasukan Amal Relief (Arif) yang dibentuk GHB bagi menggantikan Unit Amal PAS yang sentiasa memberikan khidmat kawalan sebelum ini.
GHB juga membawa pasukan peguam mereka dalam membantu peserta perhimpunan kali ini.
Himpunan Bersih 4 akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu serta beberapa bandar utama dunia.
Ia akan bermula jam 2 petang esok dan akan berlangsung selama 34 jam bagi menuntut lima perkara iaitu bersihkan pilihan raya, wujudkan kerajaan yang bersih, berikan hak untuk membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia. – 28 Ogos, 2015.

14 comments:

  1. Assalam... Bersih 4 sudah buat pc hari tu psal jemput semua parti politik dan NGO. Yg lain setuju, kalau ikut apa yg Bersih dapat feedback drpd Pas, jawapannya "tgh bincang", 'tindakan susulan' dan sebagainya tapi tiada persetujuan.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Parti-parti politik lain pun takde surat jemputan juga. Lagipun hebahan dah lebih sebulan dibuat melalui media. Nak bagi alasan takde jemputan atau bukan lavi penganjur bersama?

    Banyak cakadak pulak aekarang mentang2 hidung xmancung pipi tersorong2 hendak berbaik dgn UMNO. Orang bukan jenis 3/4 la tak paham niat sebenar hangpa.....

    ReplyDelete
  3. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
    7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  4. Tunggu jawapan dari presiden. Esok presidennya ada lawatan ke amerika...
    tunggu...tunggu...tunggu...
    itu lah PAS di bawah lebai hadi...
    patutpun pas tumbang di kedah...sbb presidennya suka tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  5. PAS ini parti politik bodoh tak campor orang macam di zaman batu.

    Biar kan lah

    Lepas se tahun mati bungkus lah PAS tinggal dengan ahli ahli bangla saja.

    ReplyDelete
  6. Hahaha semua komen ni bulat-bulat di karang oleh DAP ha ha ha kalau orang Islam tidak begitu. DAP telah berjaya mempengaruhi melayu melayu ini dengan propagandanya.
    Tengoklah nanti jikalau kamu berjaya menawan Putrajaya dimanakah kedudukan kamu dan Islam. Adakah sebagai PM Malaysia dan Peraturan Islam tertegak di bumi Malaysia atau didalam stokin DAP .
    Renungilah Ayat Allah surah AlBaqarah terutamanya ayat 120. insaflah lah wahai Islam. Betullah prinsip yang dipegang oleh PAS kemenangan tidak penting tapi yang lebih utamamendapat redha Allah. Apa guna menang tapi Allah murka dan aqidah entah kemana.
    Kalaulah ini yang tidak diterima oleh DAP tepat kerana mereka tiada aqidah. Tapi kalau Islam tidak berpegang kepada redha Allah. ENTAH LA.......lupafikirlah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bagi pkr, dap dan ghb menang dan blh perintah negara. Baru blh tahu samada Islam dan rakyat diabaikan. Kita tengok yang mana lebih baik BN atau PR 2.0. Dak gitu anon 11.58 pm.

      Delete
    2. anon 11:58 tiap2 malam mimpi ngeri DAP. kesian

      Delete
    3. Anon 11:58

      Hudud mana? Apa perkembangan hudud sekarang? Nak buat ke tak sebab semua pejuang2 hudud seb3lum pemilihan semuanya dah senyap dan bisu pasal hudud. Sebelum pemilihan, hudud adalah perintah Allah yg xleh tanggung, biar kita kalah pilihanraya asal hudud dapat ditegakkan Kelantan banjir kerana xlaksanakan hudud dsb kini dah senyap dan xdis3but lagi oleh p3juang2 ini termasuklah Nik Amar.

      Lagi mau cakap PAS tak pentingkan kemenangan lebih mementingkan keredhaan Allah. Aku rasa nko orang kena tipu hidup2 la dgn lebai2 hang s3belum pemilihan. Sekarang mana hudud? Ke pemimpin chai hangpa dah dapat keredhaan Allah dgn menang dalam pemilihan secara kotoq maka hudud dah xpenting sekarang? Hudud dah xperlu disegerakan kerana dah menang semua jawatan dlm pemilihan, dulu hudud xboleh ditangguh sebab belum menang 100% lagi jawatan dlm PAS?

      Delete
  7. Korangkan dah kuat.. ada DAP ada PKR ada GHB ada NGO2 dll..tak payah lah harap sokongsn PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakkah yang kuat tu PAS bila bersendirian, wan rosli?

      Lepas ini PAS bercadang hendak mengadakan perhimpunan sendiri. Eloklah. PAS mempunyai ahli 1 juta orang. Sebab PAS dah kuat bila bersendirian, setakat nak kerah ahli PAS seramai 500k bukanlah masaalah bagi PAS.

      Takbirrrr....takbirrr.....takbir....

      Delete
  8. Presideng tak sokong bersih 4.0.
    Duduk rumah suruh bini muda belai janggut

    ReplyDelete
  9. inilah perbezaan diantara pas hj hadi dan geng pas harapan baru. pas hj hadi tak bersama rakyat tapi pemimpin2 harapan baru turun sama rakyat. tak faham lagi?

    ReplyDelete
  10. Melihatkan kepada hanya 10% penyertaan Melayu dlm Bersih 4.. tidakkah kita nampak ketidaupayaan PKR dan GHB menarik sokongan mereka?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa