Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 22, 2015

Inikah punca perpecahan PAS?

Diari. 

Semalam aku menziarahi Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah bersama adikku Azhar. Beliau agak lemah tetapi masih bersemangat untuk bercerita. Beliau berasa mual kerana keadaan buah pinggangnya. Aku faham apa yang dia lalui.

Setelah bercerita mengenai kesihatan, kami berbual mengenai politik. Apa yang berlaku dalam PAS dan munculnya GHB bukanlah ada perancangan dari kedua dua pihak yang bertelagah. Ia berlaku dengan kebetulan di mana satu keadaan membawa keadaan yang lain.

Memang perpecahan ini menyukarkan kedua dua belah pihak kerana perpecahan ini masuk ke dalam. Kesemuanya kena berhati hati dan menjaga hati. Antara sahabat handai memanglah. Apatah lagi sanak saudara. Adik beradik pun begitu. Malah suami isteri. Juga anak dengan mertua. Bapa dengan menantu. Perpecahan ini memang mendalam dan menyakitkan.

Daripada kes kes yang diceritakan, aku dapat menyimpulkan bahawa perpecahan PAS ini adalah paling besar dalam sejarah politik negara. UMNO yang pernah berpecah pun tidak mengalami keadaan begini.

Ada orang berpendapat bahawa perubahan haluan yang ditunjukkan oleh Ustaz Hadi Awang menyerlahkan bibit bibitnya sejak pilihan raya tahun 1998 lagi. 

Sejak itu beliau telah mula mahu berbaik dengan UMNO, cuma keadaan tidak mengizinkan. Ada orang berpandangan bahawa perubahan haluannya kepada perpaduan UMNO-PAS adalah tindakannya untuk menebus kesilapannya memecahkan orang Islam dengan seruan kafir mengkafir dalam perjuangannya menentang sekularisme pada awal tahun 1980-an.

Tetapi bagi aku legasi Ustaz Hadi ialah memecahkan sebuah parti Islam dan gerakan Islam besar di negara ini. Selain daripada menjadi pemecah pakatan antara parti pelbagai kaum yang hampir merealisasikan amalan sistem dua parti.

Di sebalik itu, aku juga rasa ada kompleks rendah diri atau inferior complex di kalangan para ulama yang mendapati diri mereka tidak dapat muncul sebagai golongan yang boleh menjadi pemimpin dalam dunia sekular ini. 

Dalam UMNO, mereka hanya dapat berada sebagai pihak yang menjaga hal ehwal agama atau berada dalam kedudukan untuk mempertahankan pemimpin kanan mereka.

Dalam PAS pula mereka bergantung pada aktivis aktivis dari latar belakang profesional atau golongan bukan ulama. Malah apabila berlaku penyingkiran golongan yang dipanggil profesional inipun, ulama PAS daripada Harun Din di atas terpaksa mendapatkan UMNO sebagai pemimpin mereka.

Adakah sistem pendidikan Islam baik dari dalam negeri mahupun di luar negeri seperti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi, dengan Syria dan Yaman habis terbakar tidak dapat melahirkan ulama yang boleh mampu muncul sebagai pemimpin negara, bukan saja memimpin umat Islam tetapi memimpin rakyat berbilang agama?

Maka pemimpin terpaksa diambil juga dari kalangan pendidikan konvensional seperti undang undang, kejuruteraan, sains sosial, perubatan dan sains alam. Justeru tidak hairanlah aktivis IRC/JIM/IKRAM yang banyak terdiri daripada kalangan profesional berasa lebih selesa untuk berada dalam GHB berbanding masa mereka dalam PAS. 

Harap harap semuanya baik kelak.

Zin Mahmud
20 Ogos 2015

7 comments:

  1. Zin Mahmud mencipta fitnah, mountdweller penyebar fitnah. Inilah yang dikatakan golongan beriman.

    ReplyDelete
  2. Beberapa bulan sebelum pilihanraya Anwar Ibrahim diberitahu PAS tak boleh sokong dia jadi PM kerana Anwar ada masalah akhlak.

    Itu yang diberitahu kepada rombongan Anwar Ibrahim apabila mereka bertemu dengan Harun Din.

    Masalah akhlak ni kerana ada video hitam putih yg sepertinya Anwar ibrahim melakukan zina dgn pelacur. Video hitam putih yg bisu mcm filem Charlie Chaplin.


    Tup tup keluar video yg dikaitkan dgn SU Agung PAS Pusat yg lengkap dgn warna, bunyi, suara yang sama dan loghat Terengganu pekatnya. Sampai ke tahap apabila karakter dlm video tersebut mengeluarkan wang dari sampul surat itu pun sampul surat yg biasa digunakan Harakah apabila membuat pembayaran gratuiti kepada sesiapa pun.

    Inshaalah satu demi satu Allah akan punggah perangai dan kelakuan ulama2 PAS yg menjual agama utk kepentigan dunia.

    Petikan dr blog Malaysia waves.

    pernah terbaca blog bhw umno pernah menyiarkan video DSAI utk kpd bbrp pimpinan pas.

    begitu juga pendedahan Mustafa ali baru2 ini bhw pas ingin melantik Ku Li sbg pm adalah bukti nyata kerja2 khianat pas dah berlaku lama dah. tp knp pas nak lantik Ku Li jd pm, bukan hadi? adakah hadi tiada kelayakan jd pm? kalau parti sendiri tak sanggup lantik hadi jd pm, knp biarkan dia jd presiden?

    ReplyDelete
  3. Piiiraaah golongan professional konon .............. sejarah membuktikan negara yg diperintah oleh golongan yg perasan professionallah yg paling banyak melingkup !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja bro....puak2 ularmak Pas ni macam lelaki kasa tapi mati pucuk....ha ha ha itu la bro ibaratnya.

      Delete
  4. Fitnah pil kuda tu bukan fitnah? nasihat ke?

    ReplyDelete
  5. itu la kerusi demokrasi punya pasal kafir sana kafir sini..
    hehe

    ReplyDelete
  6. Zin Mahmud memang tepat dalam penggunaan istilah "inferiority complex" terhadap saf pimpinan Pas yg sedia ada.
    Untuk menjadi pemimpin negara kita perlu isi kesemua ilmu akhirat dan duniawi dalam diri kita.
    Almarhum TGNA Berjaya mentadbir negeri kelantan selama 23 tahun kerana peribadi beliau yg mulia dan boleh mematah setiap serangan musuh dengan fakta tanpa mengguna emosi.
    Saya teringat kata kata Saidina Ali RA, "Tangani orang Islam dengan hatimu dan tangani lah orang kafir dengan akhlakmu."

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa