Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 22, 2015

TMJ belasah siapa ni?

Bagi aku apa yang TMJ kata ni betul seratus peratus.......
Kot ada yang terasa....tak taulah!

Jangan nasihat Sultan Johor untuk kepentingan peribadi – TMJ
 | August 22, 2015
Baginda tidak akan menyokong mana-mana parti politik sebaliknya akan berpihak kepada pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat.
TMJ,-johor
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menasihatkan pemimpin politik agar memberi nasihat kepada ayahanda Baginda, Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan tulus ikhlas.
Baginda bertitah, jangan ada pemimpin politik yang memberi nasihat dengan tujuan tertentu khususnya untuk kepentingan peribadi.
Baginda mengingatkan, sebagai pewaris takhta kerajaan Johor, suara Bagindalah menjadi suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian Sultan Johor.
“Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.
“Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor, dan sayalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian DYMM Tuanku.
“Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.
“Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.
” Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya,” tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ juga menegaskan baginda tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi akan berpihak kepada pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat Johor dengan penuh intergriti, telus dan penuh kehormatan.
Titah baginda, segala teguran dibuat bukanlah untuk menunding jari kepada mana-mana pihak serta mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya ingin menegaskan bahawa baginda sentiasa berdiri teguh dibelakang Sultan dan rakyat Johor.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa