Ada seorang kawan lama mengakui dia pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya di dalam kereta. Aku agak tercengang. Mataku membundar dan keningku terangkat.
Kawan lama itu yang berbangga dengan perbuatannya malah menambah dengan senyuman terkulum, “dalam Myvi lagi.”
Kawanku itu bukanlah seorang lelaki liberal. Malah jika dia tidak mengakui begitu aku sendiri tidak terfikir dia boleh nekad melakukan seks dalam kereta Myvi di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat membeli belah.
Dia seorang aktivis parti agama. Malah pro-ulama. Dia pernah mengatakan kepadaku begini, “Semua harus Islam hatta jenama ubat gigi mesti ada bayangan Islam.”
Aku bertanya, “Kenapa? Kenapa melakukan seks dalam Myvi. Tak boleh tunggu balik?” Aku membayangkan satu babak dalam siri TV Beverly Hills, 90210 di mana watak Jason Priestley merengek meminta seks daripada watak Jennie Garth.
Permintaan itu segera ditegur oleh watak Shannen Doherty dengan kata-kata, ”Uiii, guys get a room!”
Kawan sekolahku itu dengan selamba membalas, beliau terangsang selepas mendengar rakaman ceramah ustaz Azhar Idrus.
Wow! Aku terkesima seketika, dalam hatiku terdetik, ‘Isterinya sudi? That’s kinky!’
Mufti kata harus
Tentu, untuk seorang yang dituduh liberalis sepertiku ini, seks di dalam Myvi terasa amat lorat lagi Barat. Apakah yang ‘lebih Barat’ dari ini?
Akan tetapi, hakikatnya menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria seandainya suami berasa terangsang dan berkeinginan untuk menyetubuhi isterinya maka ia perlu ditunaikan dengan segera.
Beliau malah mendakwa terdapat sebuah hadis daripada Rasulullah yang dilaporkan mengatakan suami boleh menuntut seks di mana sahaja hatta di belakang unta.
Harussani menegaskan, selepas dinikahi dan mas kahwin dibayar, dengan sendirinya isteri tidak boleh menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks melainkan sang isteri berada dalam keadaan haid dan uzur.
Dalam kes ini, menolak seks bersama suami selepas diminta adalah berdosa dan istilah rogol dalam perkahwinan itu dibuat-buat oleh masyarakat Barat.
Maka seks dalam Myvi adalah halal hukumnya dan mesti ditunai segera.
Seandainya pasangan ini tertangkap polis dan didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bolehkah mereka berhujah “terangsang lepas dengar kaset ceramah ustaz Azhar”?
Atau aboleh mereka berkata ada “hadis boleh bersetubuh belakang unta makanya apa hal sangat main dalam Myvi”?
Kemuliaan seks
Apakah bezanya dengan kelakuan berbogel di atas puncak Kinabalu untuk dilihat oleh telinga keldai? Jika puncak Kinabalu dapat dikatakan kudus, maka mengapakah seks tidak dapat dianggap sesuatu yang mulia dan suci, lagi kudus untuk dilakukan sewenang-wenangnya?
Sesungguhnya seks adalah sesuatu yang suci dan santun. Ia bahkan harus didahului dengan pelbagai persediaan. Seks adalah satu lambang kewujudan manusia.
Justeru, hubungan seks ternyata sesuatu yang suci dan mulia sepertinya Kinabalu menjadi simbol mistik dan spiritual untuk etnik Dusun.
Oleh kerana suci dan mulianya seks, kita dianjurkan berdoa sebelum melakukannya:
“Ya Allah, dengan amanatku kujadikan ia isteriku, dan dengan mitsaqku (akad nikah) aku dihalalkan berhubungan dengannya. Ya Allah, kurniakan kepadaku anak darinya, anak yang mengalirkan keberkahan dan kemuliaan, jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bahagian di dalamnya."
Perbincangan ini meleret ke satu lagi isu yang juga penting. Beberapa bulan lalu hal-hal seumpama ini hangat dibincangkan ekoran dari kempen kesedaran rogol, “Rape is Rape, No Excuses” yang dilancarkan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Terdapat kumpulan Islamis yang menidakkan kempen ini dengan menghujahkan seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks.
Ini kerana perkahwinan itu sendiri, kononnya, memberikan hak terhadap tubuh pasangannya. Yakni menolak pelawaan seks seorang suami adalah sesuatu yang geruh.
Jika seks dalam perkahwinan sedemikian suci dan kudus yakni penuh kerelaan dan penghadapan, di manakah hak suami untuk merogol isterinya?
Bercanggah dengan firman Allah
Hadis merelakan persetubuhan di belakang unta tersebut tidak menjelmakan keindahan percintaan seperti yang difirmankan oleh Allah, dalam surah Ar-Ruum 30:21.
Maksudnya, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Tentu, dalam Islam, al-Quran mengatasi hadis Rasulullah sebagai sumber hukum terutama apabila timbul keraguan dan keanehan seumpama hadis tersebut.
Temanku itu yang mungkin seorang lelaki gasang bertanyakan apakah pula tradisi Syiah dalam hal ini? Aku gesit menjawab, “Ia bukan perihal Sunni atau Syiah. Ayatullah yang menjadi salah satu sumber hukum dalam Syiah juga ada ijtihad gila seperti yang ditunjukkan oleh para mufti Sunni ini.”
Aku teringat pada tahun 2009, Ayatullah Asif Mohseni dari Afghanistan telah menyarankan persetubuhan paksa sebagai sesuatu yang dibolehkan dan bukan rogol. Menurut beliau isteri yang menolak seks wajar dibalas oleh suaminya dengan hukuman tidak diberi nafkah.
Pertamanya, sistem marja' dalam dunia Syiah menyediakan umat Islam Syiah pilihan yang pelbagai untuk diikuti. Terdapat tafsiran dan pandangan, atau fatwa dan ijtihad yang ternyata aneh seperti ini.
Masakan perkahwinan yang dikalung dengan kasih sayang menjadi sesuatu yang amat mendesak dan berteras dendam.
Pun, sistem marja dalam dunia Syiah turut menyediakan penganutnya alternatif untuk menjadi pengikut kepada alim yang lebih terbuka dan cocok dengan diri masing-masing.
Pandangan Syiah
Marja’ seperti Ayatullah al Uzma Yusuf Sanei misalnya banyak berpihak kepada wanita. Beliau melarang isteri dan anak-anak dipukul. Bahkan kesaksian wanita juga menurut beliau sama dan setaraf dengan lelaki.
Beliau malah berpandangan wanita berhak menjadi pemimpin agung Iran jika memenuhi syarat. Dalam hal ini, mereka yang memilih untuk mengikut Ayatullah Sanei tidak akan berpeluang melakukan seks paksa.
Ayatullah Mohseni mempunyai latar etnik Qizilbash dari Kandahar. Yakni sebuah daerah dengan latar budaya Pashtun yang utuh. Dalam erti kata lain beliau muncul dari lingkungan yang keras dan telunjuk patriarki yang tebal.
Maka, masyarakat Syiah Afghanistan yang ramainya dalam kalangan Hazara berasa terkejut dengan ijtihad sedemikian rupa. Wanita-wanita Hazara kebanyakan mereka berpendidikan.
Pandangan untuk menghalalkan seks paksa atau rogol dalam perkahwinan ini sesuatu yang wujud dalam dunia Sunni mahupun Syiah. Ia adalah sesuatu yang datang dari sikap lelaki yang banyak pula diwarnai oleh budaya dan dunia dekat mereka. Ia bukan sesuatu yang datang dari Islam.
Bahkan sebelum 1991, Britain sendiri belum mengharamkan sepenuhnya ‘marital rape’ ini. Di Amerika Syarikat seks paksa dalam perkahwinan ini hanya dilarang di 50 buah negeri pada tahun 1993.
Hujahan Harussani misalnya bahawa ini adalah sesuatu yang datang dari Barat tidak tepat. Sikap melenting dan melatah bahawa semua yang bertentangan dengan kehendak diri itu datang dari Barat adalah kesemberonoan yang menyedihkan.
Jika dunia Syiah mempunyai Ayatullah Sanei untuk mengimbangi kegilaan Ayatullah Mohseni, dalam dunia Sunni kita di Malaysia juga ada ketokohan yang serupa. Baru-baru ini aku membeli sebuah buku berjudul ‘Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia’ karangan Ismail Yahya.
Beliau adalah seorang mantan mufti yang jujur, adil dan teraniaya. Di dalam buku ini, beliau menyatakan mengenai kesantunan hubungan seks antara suami isteri.
Membaca buku ini mengakibatkan aku melihat dunia Sunni di tanah air masih ada harapan, meski adanya agamawan seperti Harussani.
Ismail, mantan ketua hakim syari’e dan mufti Terengganu menyatakan dalam buku tulisan beliau:
Demi kaum wanita
“Walau apa pun, suami janganlah menggunakan kekerasan untuk memaksa isteri berhubungan seksual dengannya. Tujuan berhubungan seksual ialah untuk melahirkan kemesraan dan menguatkan kasih sayang, dan bukannya untuk mengakibatkan kebencian dan tekanan perasan. Allah s.w.t berfirman mengarahkan suami untuk: '…bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…' (terjemahan An-Nisa’ 4: 19).”
Aku memberitahu kawanku itu, jika kamu seorang bapa dengan anak perempuan, rasa kasih kepada anak kita itu mestilah mendorong kita untuk melihat nasib anak-anak perempuan kita kelak bila diperisterikan orang satu hari kelak.
Tentu kita inginkan mereka beroleh jodoh yang baik. Serta pernikahan yang rukun dan bahagia. Bukan seks paksa, hambat dan belasah, ancaman tidak dibayar nafkah, seks di tempat awam atau pelbagai lagi hujahan patriarki atas nama agama.
Jika dia sungguh menghormati isteri, ibu dan anak perempuannya, seks paksa dalam Myvi (atau atas unta) tidak akan dapat terjadi.
Seks, aku ulangi, adalah sakral dan penuh penghormatan. Rogol sebagai bandingan adalah pemaksaan, jenayah dan kejahatan.
Usaha untuk menjadikan seks paksa dalam perkahwinan harus disokong oleh semua aktivis hak asasi manusia dan kempen kesedaran dalam kalangan mereka yang beragama mesti digerakkan dengan lebih giat.
Para ulama seperti mantan mufti Trengganu ini harus diraikan. Bukan itu sahaja, pendapat beliau mesti disebar luas secukupnya. Usaha ini memang sukar dan rumit.
Jika Britain dan Amerika sendiri hanya dapat melakukannya dalam tahun 90-an maka perjalanan kita di Malaysia, atau dunia Islam seluruhnya masih jauh dan berliku.
Akan tetapi ia mesti dilakukan. Hari ini, Putrajaya mungkin berbangga menyatakan persetubuhan paksa suami isteri bukan rogol.
Namun, kita mesti mensasarkan, paling tidak, sepuluh tahun lagi, kesedaran sudah meningkat dan perubahan akan berlaku.
- Faisal Tehrani
geng haru biru....
ReplyDeletePro ulama tu....
DeleteBuat kat rumah la woiiii
Mcm dia sorang ada bini
Ptuiiiiiii
Klu pasal benda tiga segi tu, geng pro ulama memang hebat. Tak kira tempat dah... Lagi boleh pancut, dia pancut. Tempat awam dia belakang kira
DeleteStim sudah naik...apa mau kira
ReplyDeleteLu...lu jaga lu punya
wa...wa tau mana mau taruh
Stim sudah naik..apa mau contol
Jalan saja laaaaa...
biasela bang, kene kat sedap tekak sendiri..jual agama la..
ReplyDeletekalo yg rajin keje ngalahkan lembu dia kata kerja tu ibadah..
sebab tu saya nasehatkan diri sendiri jgn percaya akan "fakta" yg agama itu dapat dibina diatas keperluan hidup(keperluan hidup@tekak@tembolok)...
kuasa pun 1 keperluan hidup...
-kita akan bina agama melalui kuasa(keperluan hidup@tekak@tembolok)..dah ada kuasa nanti senangla agama tertegak...
-kita akan bina agama melalui kekayaan(keperluan hidup@tekak@tembolok)..dah kaya nanti senangla agama tertegak..
jgn pecaya bhai hehe.. semua bentuk keperluan hidup@tekak@tembolok adalah terlalu rapuh@lemah untuk menjadi lantai@asas kepada agama...
agama itu ada lantai@asas dia sendiri..
bukan atas kuasa kerusi demokrasi berpelembagaan lord reid de hehe..
habis kafir sana kafir sini gaduh sana gaduh sini..sembelihan sana haram sembelihan sini halal.. hehe
buat malu anak cucu..
Seks dalam kereta ini buat sial kereta saja
ReplyDeleteTu sebab banyak kerrta accident myvi
Kalau OTAK NGENTOT , dalam Myvi pon jadi.....
Yang penting tak di buat pasal Ngentot sampai nak ber perang.
Apa nak jadi orang orang Mrlayu dah!!!!!!
Semua ikut gaya Mat Mongol dengan Altuya
Main tempat parking?
ReplyDeleteStim pil kuda kut..
Ilmu agama tinggi tetapi akhlak rendah menyebabkan org agama dipandang rendah oleh masyarakat. Ikutlah akhlak nabi yg mulia tetapi bukan merasakan diri itu suci macam nabi tetapi akhlak hancus.
ReplyDeleteWalaupun dibolehkan.... janganlah jadikan diri anda calon pelakon porno amatur.... kerana alaf ini kamera ada di mana2 sahaja.
ReplyDeleteAku lebih tertarik dgn ungkapan " dlm Myvi lagi ". Ungkapan ini memberi skalar yg tertinggi kpd Myvi berbanding jenama lain jika persetubuhan dlm kereta dilakukan. Ia seolah-olah memberi maksud ada org main dlm kereta Kancil, Viva, Juara tapi sahabat penulis lagi terror sebab dia main " dlm Myvi lagi ". Apakah kalau ada sahabat penulis main dlm lori ke, bas ke, Meserati ke, McLaren ke, Bentley ke masih tak boleh tandingi dgn main dlm Myvi? Dia kira main dlm kereta sudah hebat, dapat main dlm Myvi adalah puncak kehebatannya. Dia punya reference yardstick terlalu rendah. Low class.
ReplyDelete