Mufti yang tidur tanpa memahami politik dan keadaan rakyat boleh pakaikah?
Mufti yang tak berani nak tegur kecurangan pemimpin yang berkuasa boleh percayakah?
PANDANGAN KAMI BEBERAPA AHLI DEMONSTRAN BERSIH 4.9/0
Assalamu'alaikum warahmatullah saudara se-Islamku,
Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos 2015 ini, kami aktivis Bersih, masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman / Tun Perak di lapangan Bersih 4.0
Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa org ulama yg tlh mberi komen yg tidak seimbang tentang Bersih 4.0 malahan boleh menglirukan ummah.
Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar2 bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba2 saja kata buat Bersih 4.0 ni tidak demokratik dan tidak patriotik.
Tetapi pemimpin2 negara yang mggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka? Ulama yang sama tidak pula mbuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang2.
Allah swt akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada didalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah swt dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.0
Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.
Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih..memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam mbangkit sudut ini.
Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dgn nasihat dan teladan yang baik.
Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.
Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?
Sebahagian ummat Melayu telah terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.
Mereka juga gagal mengimbangi di antara keperluan utk merubah kebatilan dgn tangan dengan menutup pintu kemungkaran.
Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal BERSIH 4.0 ini adalah wahana perubahan utk kebaikan.
Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yg lain dan sebagainya?
Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah oleh penganjur. Bahasa yang digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama2 membina Malaysia yg bersih rasuah.
Bersih menuntut perubahan termasuk PERLETAKAN JAWATAN Perdana Menteri.
Menukar Kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihanraya sahaja?
Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli2 Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing2? Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana BERSIH dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedang2 ia dibenarkan oleh undang2.
Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.
Imam Abu Hanifah membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.
Dalam suasana Malaysia, para ulama' seharusnya, jika tidak terlibat dgn bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dlm bidang kepakaran yg khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa. Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strate gik.
Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dll dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.
Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama' tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.
Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dlm mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri. Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yg uzur perlu diwakili tatkala keputusan utk kepentingan ummah perlu diambil.
Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat asabiah kemelayuan atau ketuanan Melayu?
Tidak boleh menjatuhkan Kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?
Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.
Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.
Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kpd khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.
Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?
Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4.0, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.
Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM telah dilantik?Semua orang tahu apa yang berlaku kpd agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini. Mula2 menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan ISIS, kemudian pemecatan TPM / penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat, pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama isu 1MDB masih misteri.
Ini hakikat yng berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dlm hal yg amat memalukan negara ini?
Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalm surah hujurat.
Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang2 nak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat oleh pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan v apabila rakyat bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.
DEMONSTRAN BERSIH 4.0
Pagi Subuh, 30 Ogos 2015,
Tepi Persimpangan Jln Tun Razak dan Tun Perak.
lagi elok kalau bangsa cina yang dilahirkan disini sudah boleh bercakap bm dengan lancar
ReplyDeleteingat tm medeka sudah 58 tahun
kalau ngaku rakyat negara ini jangan pertikai bm bahasa resmi negara ini dan belajar menguasai bm baru orang lain ada rasa yakin dengan
mereka jangan selalu perlekeh bm
jangan salahkan melayu kalau cina tak tau cakap bm salahkan cina sendiri sebab tak da semangat untuk jadikan bm wajib untuk mereka
kuasai dikalangan kaum cina
mau belajar apa bahasa pun boleh tapi jangan ketepikan bm
Apakah akan terkeluar pula fatwa dari ulamak-ulamak dan para fuqoha malaysia jika ditaqdirkan Allah semua apa yang diperkatakan sekarang menjadi kenyataan dan begitu juga smua dakwaan yang dituntut oleh perhimpunan bersih itu adalah benar belaka tiada yang tidak benar melainkan benar belaka,adakah para ulama fatwa ini akan menelan semula apa yang telah difatwakan itu tidak mungkinkah penganut islam akan merasa fatwa yang telah dikeluarkan itu sebagai bahan jenaka dan pada yang bukan islam pula adakah mereka bertambah hilang keyakinan keintergritian mereka kepada para ilmuan agama yang megaku alim itu.fikirlah wahai para ulama yang mengaku serba tahu sebelum b ertindak untuk berfatwa.
ReplyDeleteORANG ORANG MELAYU MEMANG BODOH TEGAR
ReplyDeleteBERSIH4 INI SEMUA BAWA NILAI EKONOMI DENGAN SENDIRI BAWA JUALAN KE HOTEL HOTEL DAN PASARAYA
Nak harap duit duit Melayu susah jugak nak bayar Gaji Elaoun MP Melayu yang malas tidor rumah saja masa BERSIH 4 ini
Kepala Otak !!!!!!!!