Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 24, 2015

Siapakah ‘Geng Hang Tuah’ dan ‘Si Kitol’?

Adakah kita akan dapat tahu siapa ‘Geng Hang Tuah’ dan ‘Si Kitol’?
08:30PM Ogos 23 2015

oleh Hazlan Zakaria
SEKILAS PANDANG: Dalam suasana kemusykilan tentang misteri pemindahan kakitangan dan penamatan kontrak pegawai dalam badan penguatkuasaan dan entiti penyiasatan kawal selia yang berkaitan dengan agensi pelaburan kerajaan yang diselubungi hutang 1MDB, bekas orang nombor dua polis Cawangan Khas (SB) telah mendakwa satu penutupan sedang dilakukan.
Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, bekas timbalan pengarah SB Abdul Hamid Bador telah mendakwa kewujudan sebuah kumpulan sulit yang beliau gelar “Geng Hang Tuah” sedang cuba untuk menggagalkan penyiasatan 1MDB.
Walaupun enggan untuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat buat masa ini, Abdul Hamid memberitahu portal berita itu tentang konspirasi yang dikatakan apabila beliau ditanya mengenai mesej WhatsApp palsu yang tersebar yang melibatkan beliau.
Mesej palsu itu mendakwa bahawa beliau akan membuat satu laporan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi dengan editor laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.
Menyalahkan Geng Hang Tuah untuk mesej palsu itu, Abdul Hamid mendakwa bahawa kumpulan itu didalangi oleh ‘Si Kitol’, menggunakan nama pengkhianat yang menjual rahsia ketenteraan Melaka kepada Portugis, justeru membenarkan kuasa Barat itu mengalahkan kerajaan Melayu.
“Saya pasti ianya datang dari kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab terhadap maklumat palsu ini, termasuklah individu yang dikenali sebagai Si Kitol,” Abdul Hamid memberitahu portal berita itu, berikrar untuk mendedahkan individu itu apabila tiba masanya.
Beliau dilaporkan berkata bahawa kumpulan sulit itu mahu menghentikan sebarang siasatan atau soal jawab berkaitan 1MDB dan sanggup untuk “mencium tangan untuk melindungi kepentingan peribadi”.
Abdul Hamid turut memberitahu portal itu bahawa beliau telah diberi amaran supaya berjaga-jaga tentang perkara ini, tetapi berikrar untuk tetap memberitahu perkara sebenar.
Bekas orang nombor dua SB itu telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk ditangungjawabkan menjaga jabatan sekuriti baru dan juga telah diarahkan untuk bercuti sebelum melakukan tugas baru beliau.
Beliau mendakwa kurang jelas tentang sebabnya walaupun KPN Khalid Abu Bakar berkata bahawa pemindahan itu adalah normal.
Pemindahan Abdul Hamid diikuti persaraan ketua SB Akhil Bulat bulan lau, telah menjurus kepada persoalan adakah cawangan perisikan hebat polis itu sedang ‘dibersihkan’.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa