Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 27, 2015

Aiik............Brehem dah buang tabiat ke?

Ramai Melayu ‘bangsat’ di bawah pentadbiran UMNO – Ibrahim Ali

 | August 26, 2015
Perkataan `bangsat' tidak sesuai digunakan meskipun Perdana Menteri mempunyai mesej tersendiri
Ibrahim-Ali_perkasa_umno_600
KUALA LUMPUR:Masih ramai lagi orang Melayu di negara ini yang `bangsat’ meskipun telah diperintah UMNO lebih 58 tahun lalu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hakikat yang perlu diterima sepanjang tempoh berkenaan, jurang kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin melebar di negara ini.
“Orang Melayu pada masa ini hanya layak untuk meminta rumah kos rendah, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tidak mampu untuk membeli rumah-rumah mewah yang dibina oleh pemaju-pemaju swasta.
“Orang Melayu tak mampu nak beli rumah banglo yang dibina syarikat pemaju gergasi seperti Sime Darby dan IOI di Seri Kembangan, Taman Tun Dr Ismail dan Mont Kiara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa pada Rabu.
Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengejutkan banyak pihak apabila beliau berkata orang Melayu Islam akan ‘bangsat’ sekiranya UMNO tidak lagi memerintah negara.
Jelasnya, perkataan tersebut tidak sesuai dengan apa yang disampaikan Perdana Menteri sekalipun ia mempunyai mesej tersendiri.
“Perkataan tersebut adalah ‘uncalled for’ dan sekiranya Najib mengatakan bahawa kalau UMNO dan BN kalah keselamatan dan ekonomi negara terjejas adalah lebih tepat.
“Ia kerana UMNO sudah mempunyai pengalaman berkongsi kuasa dengan parti-parti lain sejak tahun 1957 dan parti pembangkang baru dua penggal bersama sudah berpecah,” ujarnya.
Ibrahim bersetuju dengan kenyataan veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid apabila menyifatkan bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan UMNO kalah adalah bangsat.
“Ya, saya memang selalu setuju dengan pandangan beliau ,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa