Agaknya itulah ayat yang keluar dari mulut pengikut setia
Kalau setakat nafi.....Najib pun nafi!
Timbalan MB Kelantan mengaku beli Range Rover RM200,000
Published: 27 August 2015 11:22 AM
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan mewah tetapi dengan harga jauh lebih murah memandangkan ia kenderaan terpakai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau memiliki beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.
Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).
“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.
Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.
“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.
Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.
“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan setiausaha akhbar Mohd Asri Mat Daud.
Mohd Asri dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.
“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut dan tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.
Katanya, dakwaan itu bertanggungjawab dan fitnah berat kepada menteri besar terhadap perkara yang tidak wujud.
“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Sedangkan hakikatnya beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.
“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi Menteri Besar. Beliau memulangkan kembali kepada kerajaan negeri elaun yang sepatut diperolehnya," katanya. – 27 Ogos, 2015. - sumber
Pemimpin yang baik akan sedaya upaya akan berusaha menghindari diri dari perkara2 meragukan masyarakat sehingga membawa fitnah... contoh terbaik Saidina Umar Al Khattab.
ReplyDeleteBelilah yang amat berhormat sebelum rakyat menurunkan anda secara terhormat. Yang pasti pas mula dibenci.
ReplyDeleteRange rover rupanya.....
ReplyDeletePatutlah tak nak join bersih 4.00...
Dah kaya raya rupanya...
Teringat TGNA walaupun MB tapi naik MERC buruk aje.....
Kalau zuhud tu tak payah la beli keta smpai 200k
ReplyDeleteNak keredhaan Allahkan?... naik untalah.... jalan kaki lagi baik.
DeletePunyalah baik kawan tu. Tolong tanya ada lagi tak keta yg dia nak jual, aku nak beli 2.
ReplyDeleteKakah ni meme tok leh paka
ReplyDeleteKecek boleh la..
Tu tok kiro lagi persen bandar baru pulau gajah dlm dun panchor yg dh diluluskan olehnya baru baru ni.
Ustaz korok kering lagu ni
Mapuh la ngundi sekali ni
Abe
ReplyDeletePahtu pemimpin Islam PAS menjatuhkan intergriti dan maruah rakan dalam jemaah hanya kerana berbeza pendapat xpe plak. MSO pun kenkadang terlebih emo jugak. Berbeza pendapat je sesama jemaah, bukannya berbeza ugama.....letih dgn tok lebai PAS ni.
Kes kereta mewah Nik Amar ini ada kesamaan dengan kes Khir Toyo beli rumah yang berharga puluh juta dengan harga RM 3.5 juta sahaja semasa menjadi MB Selangor. Dia beli dari kontraktor yang beroperasi di Selangor.
Khir Toyo telah didakwa dan dijatuhkan hukuman selama 12 bulan oleh mahkamah tinggi shah alam. Beliau merayu kepada mahkamah rayuan tetapi mahkamah rayuan m3ngekalkan keputusan mahkamah tinggi. Hari ini Khor Toyo mengemukakan rayuan ke mahkamah persekutuan pulak.
Dalam kes Nik Amar, doa membeli kereta mewah yg harga pasarannya RM 375K dengan harga RM 200K. Jadi untuk menamatkan pelbagai tuduhan terhadapnya, eloklah SPRM membuat siasatan rasmi. Soalannya sanggup kah nik amar disiasat SPRM?
Berita tersebar setakat ini, Nik Amar mendaftar 3 buah kereta mewah dalam tahun 2015 sahaja dengan gaji TMB.Kereta itu ialah: sebuah range rover, sebuah mercedes E250 dan sebuah MPV Toyota Vellfire Berita itu menyertaikan gambar kad pendaftaran ketiga-tiga kenderaan tersebut. Daftar 3 bijik kereta mewah dalam 1 tahun dgn gaji TMB - itu isunya. Saya xtau betul ke tak. Eloklah SPRM siasat.
Nik Balak ni boleh bayar dengan Hudud sahaja semua kereta mewah tu, tak perlu guna gaji Tim Menteri Besar pun tak apa. Rakyat Kelate yang masih tinggal dalam khemah akibat banjir besar 2014 pun tidak kisah sebab mereka boleh tinggal dalam khemah yang berbumbung dan berlantaikan hudud, mereka boleh beli apa sahaja perkakasan dan barangan keperluan dengan menyertakan tiket Hudud sahaja. Lepas ni para penyumbang Tin Milo jangan gusar sebab sumbangan anda amat berbaloi untuk menaikkan PAS, terutama pemimpin mereka yang hanya tahu menghukum haram dan halal serta mengkafirkan umat Islam lain kerana sumbangan itu boleh meningkatkan 500% taraf hidup pemimpin serban dan jubah yang kerjanya menjual agama sahaja.
ReplyDeleteInilah versi Islam yang kita nampak dari puak HH. Pemaksaan keatas rakyat. Bukan dengan cara berhemah dimana rakyat di ajak bersama-sama mengamalkan Islam bermula dari diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negeri. Kita lihat kaedah yang sama diguna oleh HH semasa menjadi MB.Apa hasilnya? Rahmat dari Islam itu xsempat nampak, rakyat telah bungkuskan PAS di Terengganu selepas sepenggal sahaja. F3nomena ini juga berlaku. Di Kelantan baagaimana nak impose Islam kepada rakyat, pemimpin yang mentadbir negeri pun gagal mengamalkan Islam sepatutnya dalam mentadbir negeri. Di Kelantan situasi unik kerana prestasi kerajaan Mat Yaacob ini akan dinilai berdasarkan standare yang telah diletakkan oleh Almarhum TGNA. Setakat ini kerajaan mat yaacob gagal....
Delete