Oleh Mujahid Yusof Rawa
Ada apa dalam faktor kesamaan perkataan Bersih, Harapan Baru dan Merdeka? Kesemuanya membawa kepada satu nilai iaitu kebebasan.Jika diambil perkataan Bersih secara bahasa contohnya, berlawanan dengan kotor dan bolehlah dikatakan Bersih adalah kebebasan dari kekotoran dan ia adalah sesuatu yang sangat didambakan manusia.
Perkataan Harapan pula membawa konotasi anti kekecewaan dan apabila dikaitkan dengan deskripsi 'Baru' ia seolah-olah kebebasan dari rasa kecewa dan senantiasa melihat masa depan yang cerah.
Apa pula tentang Merdeka?
Perkataan Merdeka lebih 'direct' kepada makna kebebasan sebagai kata lawan daripada sifat kongkongan dan menjajah.
Ketiga-tiga perkataan adalah sinergi kepada kelahiran entiti baharu dan stimulus kepada impian yang mahu dicapai bersama.
Tetapi faktor kesamaan ini secara operasionalnya jauh lebih realistik dan mencabar sifatnya.
Bersih sudah terbukti sebagai gerakan massa yang mencipta sejarahnya tersendiri apabila tuntutan pilihan raya Bersih mengubah cara SPR mengendalikan pilihan raya dan membebaskan sikap SPR yang dilihat berat sebelah sebagai pengadil demokrasi berpilihan raya.
Bersih merakamkan tiga perhimpunan besar sebelum ini (2007, 2011 dan 2012) melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang inginkan demokrasi dan cara pengendaliannya yang adil dan telus.
Bersih tidak berhenti sekadar isu pilihan raya, kini ia menuntut ketelusan pemerintahan, hak berdemo, mengukuhkan sistem berparlimen serta menyelamatkan ekonomi negara.
Usah dikira susah payah yang terpaksa dilalui berhadapan dengan polis anti rusuhan yang satu ketika memalukan dunia reaksi berlebihan dan salah guna kuasa untuk menyuraikan perhimpunan aman.
Bersih adalah perjuangan mempertahankan Artikel 10 Perlembagaan Negara serta menguji keberkesanan pihak polis mengawal hak ini bagi melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bertamadun dalam mengendalikan penentangan secara sivil.
Negara tidak terkecuali dari dinamika parti politik yang membentuk sebahagian dari proses demokrasi.
Politik kepartian adalah tonggak terbentuknya sebuah kerajaan, walaupun di negara dunia yang lain parti politik boleh sahaja berubah asalkan mereka menang pilihan raya, tetapi di Malaysia kenyataan ini nampaknya masih taboo pada amalan politik Malaysia.
Parti pembangkang sejak sekian lama cuba untuk membentuk pakatan politik yang kuat dan rekod terbaiknya ialah pada PRU13 dengan jentera Pakatan Rakyat atau PR.
PR memperkukuhkan kedudukannya sehingga meraih 52% undi popular dan Barisan Nasional haya mampu mengekalkan kemenangan dengan kerusi yang dimenanginya di Timur Malaysia.
Namun harapan untuk melihat PR bertambah kukuh berkecai kerana parti komponennya masih berbalahan sehingga 52% undi yang diperolehinya seolah tidak dihormati.
PAS, DAP dan PKR sudah tidak dilihat bersatu lagi walaupun jaminan demi jaminan diberikan namun keretakan hanya menanti belah.
Peluang dalam krisis PR tercipta dengan lahirnya sebuah Harapan Baru yang mahu mengekalkan momentum pembangkang mengambil alih pentadbiran negara dari UBN.
Kelahiran Harapan Baru adalah dari kehendak gelombang rakyat terbentuk daripada kelompok pelbagai yang mahu bebas dari politik lama dan harapan lama.
Kini Harapan Baru akan muncul sebagai entiti politik menyatukan kekuatan pembangkang dalam kelahiran PR 2.0 yang dinanti-nantikan.
Merdeka menjadi kebanggaan setiap anak watan negara ini malah lagu Bahtera Merdeka sudah cukup menaikkan semangat menambahkan kecintaan kita pada negara ini.
Merdeka adalah sebuah perjuangan membina dan mewarisi amanah besar tanpa sebarang syarat dan siap berkorban supaya negara ini kekal Merdeka.
Setelah perginya penjajah perjuangan kemerdekaan mengambil bentuknya yang lebih rumit iaitu merdeka daripada korupsi, merdeka dari pemimpin berkepentingan, merdeka dari kongkongan akta yang menyekat, merdeka dari ideologi sempit agama dan kaum serta merdeka minda dan cita-cita.
Bersih akan berhimpun di ambang kemerdekaan bagi menuntut sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar mengibar Jalur Gemilang atau melaungkan kalimah keramat merdeka!
Perhimpunan penuh makna ini adalah dalam semangat kemerdekaan yang padat dengan patriotisme kepada negara.
Harapan Baru akan mengumumkan pada pelancaran awalnya 31 Ogos ini tentang parti baharu bagi meneruskan gelombang rakyat dan cita-cita membentuk kerajaan baharu.
Merdeka akan tetap datang tanpa Bersih ataupun Harapan Baru namun kali ini Merdeka akan senyum kerana kedatangannya disambut oleh dua pengawal kiri dan kanannya untuk menyuntik semangat pada kita semua bahawa Bahtera Merdeka akan tetap terus melayari lautan bergelora demi memenuhi impian ke Pulau Idaman, destinasi seluruh rakyat Malaysia.
Itulah kebebasan yang dicari, erti sebuah kemerdekaan hakiki.
SALAM BERSIH!
SALAM HARAPAN!
SALAM MERDEKA!
MERDEKA hanya lah satu ke bebasan BERFIKIR untuk HIDUP
ReplyDeleteMAT MONGOL dan BADAK cuba mengawal cara Rakyat Ber Fikir
PAS dan UMNO ada lah parti politik BER HARAP dan tiada langsung kuasa BER FIKIR
Ini lah yang cuba di serap kan oleh MAT BAHALOL aka MAT MONGOL dalam agenda 1Mat Dah Bahalol
Orang orang BER HARAP adalah jenis manusia GAGAL dan tiada nilai ekonomi
Malaysia satu negara pelbagai bangsa dan CINA INDIA adalah bangsa ber nilai ekonomi tinggi
Agak ganjil Si Bahalol cuba membodoh kan bangsa yang memberi nya kuasa makan dan minum sehingga pencen KIOK
Tanpa Bukit Judi , Si Bahalol hanya lah budak GAGAL Kampongan tanpa di sayangi BADAK sekali pon.
Apa lah Kacang Begitu Mudah Lupa Kulit.... Hanya yang BONGKAK dan SOMBONG lupa asal usul nya.
Anak siapa Si Bahalol ini????????
dr malaysiawaves:
ReplyDeleteZahid Hamidi baru2 ini telah menolak permohonan Harapan Baru utk menggunakan nama Parti Progresif Islam. Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggalakan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.
Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.
Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dengan PKR.
Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi.
UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kepada kerusi2 yang PAS telah menangi.
Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP.
Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.
Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.
UMNO/BN akan mendapat 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.
PAS pula akan memerintah di Kelantan dan Terengganu dan mungkin Kedah.
hadi dan Majlis Syura Ulama pula akan beri alasan, penting mengembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.
Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.
Harapan Baru mengagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding.
Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.
Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.
Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.
Ada logiknya...
adakah azmin terhutang budi krn hadi calonkan dia?
kah kah kah tuan admin tak nak tayang gambar daring mat sabu kah ? ni baru betul2 parti islam progresif ! ayuh mat sabu teruskan perjuangan anda .......... tinggalkan Pas yg kolot dan takut nak berpeluk dgn perempuan !ngeh3 ....... ini balu a butut2 Islam ........ wa suka wa suka !
ReplyDelete