Hongkong dan Malaysia jauh bezanya........suasana dan sikap rakyatnya berlainan
Diharapkan isu ini bukannya sengaja ditimbulkan supaya kerajaan ada alasan untuk bertindak?
Bersih 4: Malaysia kearah revolusi?
Bersih 4: Malaysia kearah revolusi?
Semangat Bersih 4 kali ini agak berbeza kerana suntikan semangat demonstrasi di Hong Kong semacam menguasai kumpulan pro Bersih 4 ini. Namun apakah ini petanda bahawa negara bakal menyaksikan revolusi politik dalam memaksa Perdana Menteri berundur?
COMMENT
Oleh Raziq Michael
Pelbagai analisis sudah dibuat tentang Bersih 4 ini. Ada yang berpendapat harus dan ada pula yang berpendapat bahawa Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu gimik politik pembangkang dalam terus mengukuhkan cengkaman survival politik mereka di negara ini.
Namun persoalannya, siapa yang sebenarnya memberikan ‘nyawa’ kepada Bersih 4 ini untuk kembali bangkit dalam arena politik negara? Andaikata isu-isu berat seperti 1MDB mahupun isu dana politik ini diadili sewajarnya oleh Perdana Menteri serta pasukannya maka hari ini Bersih hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Dalam erti kata lain, Barisan Nasional yang sebenarnya membuka ruang kepada kumpulan ini untuk mengambil kesempatan dengan segala kekusutan politik saat ini.
Haruskah Kerajaan Tegas pada Bersih 4?
Benarkah Bersih 4 ini bakal membawa harapan baru kepada rakyat negara ini serta menjadi satu platform rakyat untuk sampaikan mesej meminta Perdana Menteri berundur. Atau Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu hiburan hujung minggu semata-mata?
Realitinya, segala permasalahan hari ini dalam politik negara adalah berpunca daripada ketidakcekapan pemerintah dalam menafi serta melawan pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang melibatkan kredibiliti Perdana Menteri. Ini ditambah pula dengan serangan demi serangan oleh media antarabangsa yang gagal ditangkis oleh media tempatan pro pemerintah.
Maka ketika rakyat memerlukan satu platform untuk melepaskan kekecewaan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam berdepan isu-isu politik ini lalu muncullah Bersih 4 ini bak wira yang kononnya menggalas suara 30.9 juta rakyat Malaysia.
Adalah sia-sia andaikata kerajaan cuba untuk mengekang kumpulan ini daripada berhimpun kerana hakikatnya persepsi kononnya kerajaan bersifat autokratik dan menindas suara rakyat Malaysia daripada berhimpun secara aman akan dimainkan dan diviralkan dalam media sosial. Soalnya, jika Bersih 4 ini berhimpun sekalipun apa manfaat kepada negara?
Bersih, dimana Bersihnya?
Apa sebenarnya yang telah tercapai dan dicapai sejak penganjuran Bersih 1 hinggalah kepada Bersih 3? Harus diakui bahawa kesemuanya gagal sama sekali memberikan momentum kepada politik negara. Tiada sebarang pembaharuan dalam politik pemerintah. Apa lagi yang dapat diwar-warkan sebagai pencapaian terbaik kumpulan pro Bersih 4 ini selain daripada perhimpunan ini dijadikan medan ceramah oleh politikus pembangkang yang kemudiannya bertukar ganas dengan pergaduhan antara para peserta demonstrasi dan pihak berkuasa.
Malah, ada pandangan sinis pula menyimpulkan Bersih 4 ini lebih bertumpu kepada strategi menjual cenderamata seperti tshirt berbanding benar-benar gerakkan rakyat marhaen untuk melakukan revolusi menumbangkan kerajaan. Di Malaysia, sebelum berevolusi, harus menjual dan mempromosikan cenderamata Bersih terlebih dahulu serta keuntungan diutamakan berbanding objektif perhimpunan itu sendiri. Hakikatnya, Bersih secara langsung bukannya tentang revolusi rakyat marhaen tetapi menjadi medan memperalat kuasa membeli rakyat.
Apa Harapan Rakyat?
Apakah rakyat masih ada harapan di negara ini sedangkan kerajaan semacam lembap dalam mendengar suara rakyat sementara pembangkang pula berpura-pura mendengar suara rakyat sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Pembangkang perlukan kuasa. Bersih 4 perlukan sokongan rakyat. Maka hubungan Bersih 4 dan pembangkang ini umpama simbiosis. Atau dalam kata lain, ‘I jaga you, you jaga I.’
Terimalah kenyataan bahawa revolusi tidak mungkin sama sekali akan berlaku dinegara ini kerana walau apa jua terjadi sekalipun, selepas himpunan bersih 4 ini, rakyat marhaen harus kembali bekerja dan mengharungi rutin harian seperti biasa sementara kerajaan akan tetap berfungsi tanpa apa-apa perubahan dalam konteks kepimpinan. Dan yang paling penting, Barisan Nasional akan terus berkubu di Putrajaya.
Inilah realiti politik di Malaysia.
Raziq Michael adalah pembaca FMT
Itu cuma satu pandangan hakikatnya siapa yg tahu.barangkali perlu menunggu selepas bersih nanti.semoga tak ada apa yg buruk berlaku.jika ia tak membawa apa apa perubahan mengapa polis diarahkan utk menyekat.mengapa mengambil kira jika rakyat ingin bersuara dgn cara itu.lalu cara apa lg jika wakil mereka semua sibuk mengira kepentingan sendiri.walauapapun tujuannya sekurangnya kump itu menyediakan ruang .
ReplyDeletetak da apa.... saja jer nak berkumpui...jumper kekawan.lama... lagi pun meriah...macam reunion jer...
ReplyDelete