Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 15, 2016

Ngoknyer mereka ni, RM5,400 pun lahap.......umur dah tua, nak pencen pun!

Suami isteri kena [METROTV]
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap empat pertuduhan bersama menerima suapan RM5,400 pada 2014.



Pengakuan itu dirakam dua tertuduh Marzuan Sungep, 57, dan Norizan Hashim, 41, di hadapan Hakim Norma Ismail selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menerima empat kali suapan masing-masing pada 13, 14, dan dua kali pada 17 November 2014.
Bagi keempat-empat tuduhan itu, tertuduh didakwa menerima suapan RM300, RM500, RM2,600 dan RM2,000 di tiga lokasi, iaitu Taman Wangi, Malim Jaya, Stesen Minyak Shell Bachang dan Kampung Pasir Putih, Bachang, di sini, daripada Helmida Mukhlis, 36, sebagai upah mendapatkan permit kerja sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Justeru, bagi keempat-empat tuduhan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) yang membawa kepada hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana nilai yang lebih tinggi.
Ketika prosiding, Timbalan Pendakwaraya SPRM Ong Cheng Hian memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi iaitu RM15,000 setiap tertuduh kerana dua tertuduh sebelum ini gagal mengikut arahan menghadirkan diri setiap bulan ke pejabat SPRM sejak awal tahun ini
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma kemudian menawarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan dua penjamin setiap seorang dan menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes.
MARZUAN (kiri) dan isteri, Norizan (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 6:38 AM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa