Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 15, 2016

Sifat berjangkit kepada yang rapat!

ASABIYYAH TERLARANG: AHKLAK PAS SUDAH BERJANGKIT DARI SIFAT UMNO. MEMAINKAN ISU BANGSA. BERTAQLIK DALAM MENYAMPAIKAN DEMI KUASA.

PAS sedar umno telah mainkan isu kaum ini sejak dahulu. Terjah kepada rakyat bahwa bangsa melayu wajib dipertahankan, sedangkan umno sendiri sedar dalam BN UMNO ada kompenan parti berlainan bangsa yang sangat perlu untuk memerintah Malaysia. Pendirian Pakatan Rakyat dulu dan kini Pakatan Harapan cukup jelas bahwa perkongsian kuasa itu satu keadilan. Sinonim dengan kehendak Islam berkasih sayang dalam membina Kerajaan Malaysia tanpa Asabiyyah.

Sejak menjadi penasihat kerajaan BN UMNO, PAS melalui presiden dan pemudanya berubah dengan akur memperahankan bangsa melayu, walaupon sekian lama nya umno bersikap zalim terhadap rakyat dengan isu royalti Kelantan dan Terengganu, GST, HUTANG TERBANYAK RM800B, RASUAH, DERMA RM2.6B,  KRONI TERPILIH, Tanah Rezab Melayu susut kepada 1.1juta hekter dari 3 juta hekter ketika Merdeka dan pelbagai lagi isu isu zalim termasuk isu 1MDB.

Terdapat 4.3 juta rakyat layak dapat B1RM pada 2014, 4.1 juta pada tahun 2015 dan 7.1 juta pada tahun 2016 laporan ini mengesahkan rakyat masih ramai perlukan bantuan kerajaan.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa terbunuh di bawah bendera kesombongan (atau kesesatan) dia menyeru kepada asabiyyah atau mempertahankan asabiyyah, maka matinya adalah dianggap sebagai mati seorang jahiliah. "

Di dalam satu hadis lain ada menyebut fahaman asabiyyah.

" Telah bertanya seorang lelaki, wahai Rasulullah s.a.w adakah asabiyyah itu mencintai kaumnya? Sabda Nabi, tidak. Tetapi asabiyyah itu adalah seorang yang menolong kaumnya di atas kezaliman. "
Hadis seterusnya memperihal lebih lanjut :

"Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asabiyyah dan bukan daripada kami sesiapa yang membunuh (berperang) kerana asabiyyah dan bukan dari kami sesiapa yang mati di atas dasar asabiyyah."

Asabiyyah yang dilarang dalam Islam ialah asabiyyah mendorong kepada kezaliman atau sifat dan sikap terlalu mementingkan golongannya secara membuta tuli tanpa membezakan di antara baik dan buruk antara yang adil dan zalim sama ada tindakan itu terhasil dari seseorang individu mahupun dari satu golongan masyarakat.        

SEPERTI MANA YANG UMNO LAKU KAN TERHADAP BANGSA MELAYU UMNO DAN SEPERTI YANG BANGSA MELAYU UMNO LAKUKAN TERHADAP PARTI UMNO.

MEMUSUHI BANGSA LAIN KERANA KUASA POLITIK (Sdngkan dalam masa sama dalam BN UMNO ada MCA, GERAKAN dan MIC)

Mereka UMNO percaya kerana itu mereka ada parti kompenan bangsa lain.TETAPI MEMAINKAN ISU BANGSA (PERKAUMAN) TERHADAP PAKATAN HARAPAN. INI SIKAP LEBIH SYAITAN DARI SYAITAN. KERANA NAK KEKALKAN KUASA.

JOM rakyat kita bentuk satu politik baru berasaskan keadilan terhadap semua bangsa. Perlembagaan negara jelas meletakan Islam itu di singgahsana tetapi 58th perlaksanaan Islam belum ditahap maximum sehingga keadilan terhadap rakyat berbilang bangsa masih terabai. Jika tidak mana mungkin lbh dari 7 juta rakyat layak dapat B1RM. Menunjukan tahap kemiskinan masih kekal merungsingkan.

Ketua Komunikasi Amanah Putrajaya.

Abu As Siddiq

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa