Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 15, 2016

Apa helah Nazri membela PAS PRK Kuala Kangsar?

Parlimen Kuala Kangsar kerusi Pas bukan Pakatan Harapan, kata MT Umno
 | MALAYSIA DATELINE
Mohamed Nazri Abdul AzizMohamed Nazri Abdul AzizAhli Majlis Tertinggi Umno , Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa Parlimen Kuala Kangsar merupakan kubu Umno  dan beliau yakin bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai harapan untuk memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Kecil tersebut.
Ujarnya, selain dari kubu Umno, kerusi Parlimen Kuala Kangsar ditandingi oleh Pas sejak dahulu lagi maka adalah menjadi hak parti Islam itu untuk bertanding.
“Ini hal dia orang dan tidak ada kena mengena dengan saya tetapi kawasan tersebut dari dulu Pas yang bertanding dan Pakatan Harapan ini tak ada harapan.
“Mereka tak ada harapan, di Sarawak pun mereka kalah teruk. Jadi saya fikir (Parlimen Kuala Kangsar) hak Paslah sebenarnya (untuk bertanding), Yang kuat itu Pas, bukan Pakatan Harapan,”katanya, lapor Malaysiakini.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.
Pada pilihan raya umum 2013, pembangkang menerusi Pakatan Rakyat menyerahkan kerusi itu kepada Pas, tetapi calonnya, Khalil Idham Lim Abdullah gagal merampasnya apabila tewas dengan majoriti 1,082 undi.
Sementara itu Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim berkata sewajarnya Amanah mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Beliau berpendapat secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat Pas dalam Pakatan Harapan.
“Oleh kerana Amanah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan maka sewajarnya kami yang bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kita ada ramai calon yang berkelayakan dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Amanah Nasional pada 15 Mei nanti,” katanya dipetik dari FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jika parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK di Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa