Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 3, 2016

Boleh pakai ke ni: Nampak lurus tapi senongehnya?

Wednesday, 2 November 2016
MOGA PAS KEKAL ISTIQAMAH

Pendirian baru Pas sejak sehari dua ini tentunya amat dialu-alukan oleh semua pihak yang mengharapkan akan wujud perubahan dan pembaharuan dalam negara selepas PRU 14 akan datang.

Setelah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin seakan berubah nada dengan mengatakan parti itu sedia bersama parti-parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu menentang BN asalkan penyatuannya  atas dasar agama Allah, kini Presiden Pas, Hadi Awang pula bersuara hampir sama.

Kata Hadi, Pas sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu bagi tujuan mengalahkan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami".

Meskipun berkata, "jangan kacau rumah kami", yang penting ialah Hadi dalam masa yang sama masih terbuka kepada perundingan dengan parti-parti lain dan  tetap dengan pendirian untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Berbanding sebelum ini, pendirian Hadi sekarang nampaknya mula menunjukkan perubahan yang positif. Ini bukan saja membawa berita melegakan kepada pihak pembangkang, malah juga kepada harapan rakyat yang rata-ratanya sudah jemu dengan pemerintahan  UMNO dan BN serta berperdana-menterikan Najib Razak.

Jika semua pihak dalam pembangkang terbuka kepada perundingan, harapan untuk mencapai kata sepakat tentunya lebih cerah berbanding dengan masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini, terserahlah kepada semua pimpinan parti pembangkang untuk berlapang dada dan berunding dengan terbuka serta memikirkan keutamaan yang paling penting bagi semua pihak ialah menyelamatkan negara dari pemerintahan Najib, UMNO dan BN yang semakin tidak tentu hala dan menyusahkan rakyat jelata.

Selain itu, kebaikan lain sekiranya Pas sedia bersatu dengan parti-parti pembangkang lain untuk berdepan satu lawan satu dengan BN ialah ia dengan sendirinya menutup cerita parti itu pernah terhutang budi atau menerima apa-apa sumbangan kewangan daripada Najib.

Setuju dengan muafakat satu lawan satu untuk menumbangkan BN akan menjadikan sama ada saman Pas terhadap Sarawak Report diteruskan atau sebaliknya tidak lagi penting kepada rakyat untuk mengetahuinya. 

Cuma, diharapkan agar  Pas kekal istiqamah dan tidak berubah-ubah lagi selepas kenyataan Hadi ini. (SH 02/11/2016).

* sikit pun nak bohong juga. siku dan lutut dah simpan ke? dah lama buka pintu tapi sarat dengan syarat. yang itu tak nak, yang ni tak nak. Habis buka pintu kat sape?

Berkaitan: Satu lawan satu: "PAS sudah lama buka pintu" - Abdul Hadi

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa