Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 3, 2016

Celaka!......krisis dan dendam di negara mereka dibawa jenayah ke sini

Empat mayat Myanmar dibunuh kerana agama
ADILA SHARINNI WAHID - 31 OKTOBER 2016
 
KOTA BHARU - Empat mayat yang ditemui di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, adalah warganegara Myanmar yang dibunuh kerana krisis agama.

Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha. Menurut saksi, kesemua buruh binaan itu diculik dari asrama mereka di Tunjung oleh sekumpulan sembilan lelaki bertopeng dan bersenjata pisau jam 11 malam, Selasa lalu.‎

Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin kepala dibungkus plastik sebelum kena tikam]

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.

"Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.

"Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa