Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 13, 2016

Doh mu angkuh dan nok sangat, jadi apa masalahnya?

Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 13 DISEMBER 2016
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan, pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpendirian untuk masuk bertanding di Kelantan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.

"Kita  tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!

"Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!," katanya dalam satu kenyataannya.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.

Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.

Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.

* Logiknya bila PAS kacau daun.........BNlah akan menang kerana itulah yang PAS mahukan. Jadi Made Sabu janganlah pasang angan tinggi sangat. 
Hadi kan bakal TPM sekiranya BN berjaya bentuk kerajaan selepas PRU14?

1 comment:

  1. Kata kelantan kubu kuat pas. Jk demikian knp takut sgt pd Amanah? Dah jd sewel ustaz2 pas ni, main ugut2 pula. Cukup ka duit pas utk hilang deposit bila bertanding di seluruh negara

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa