Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 13, 2016

Fitnah: Hari ni Ramli pula jadi kaya......

Kes saman fitnah Ramli Yusuff selesai
13 DISEMBER 2016
Ramli Yusuff

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan bekas  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff terhadap empat syarikat penerbitan akhbar selesai selepas syarikat penerbitan itu mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf itu direkodkan dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, dengan dihadiri peguam Bhag Singh dan Ammar Ghalip mewakili The Star, manakala peguam Harvinderjit Singh bertindak bagi pihak Ramli.    

Empat syarikat penerbitan yang mengemukakan permohonan maaf itu ialah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Star Publication (Malaysia) Bhd, Sabah  Publishing House Sdn Bhd dan The Borneo Post.    

Mahkamah juga memerintahkan NSTP membayar kos RM120,000 kepada Ramli sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap tuntutan plaintif, The Star diperintahkan membayar kos RM60,000 manakala Sabah Publishing House dan The Borneo Post masing-masing diperintahkan membayar kos RM20,000.    

Ramli, 64, yang kini seorang peguam, memfailkan saman itu pada 4 Julai  2013 dengan mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan pelbagai laporan berita yang telah menjejaskan reputasi dan keperibadiannya.    

Plaintif mendakwa, laporan tersebut secara langsung dan tidak langsung telah menggambarkan beliau sebagai seorang anggota polis yang mempunyai harta berjumlah RM27 juta secara haram dan telah menyalahgunakan kuasanya. - Bernama

1 comment:

  1. Siapa kah yg najib kata suka sebar fitnah? Media sosial? Kah kah kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa