Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 13, 2016

Gila apa ni: Mereka ni bukan rakyat Malaysiakah?

*Aku kenal mereka ni kawan-kawan seangkatan pendaki aku satu ketika dulu. Aku sendiri pun tersenarai juga, tapi kerana beberapa halangan aku tak ikut serta

SEJARAH PENDAKI GUNUNG EVEREST INDIA DINAFI?
Disember 7, 2016 Written by Smasa News Published in Media Tamil
Dalam karangan itu, nama pendaki pertama M Mahendran dan Mohandas tidak dicatat, malah faktanya diubah

Masyarakat India di negara ini dikejutkan dengan karangan di dalam buku teks Bahasa Melayu darjah tiga mengenai pendaki negara yang pertama menjejak kaki di Gunung Everest.

Dalam karangan itu, nama pendaki pertama M Mahendran dan Mohandas tidak dicatat, malah faktanya diubah dengan mengatakan Muhamad Muqharabbin Bin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Bin Razali adalah dua rakyat Malaysia yang pertama sampai di gunung itu.

Kedua-dua mereka(Muqharabbin dan Reduan) memang benar mendaki gunung itu pada 24 Mei 2004 namun sebelum mereka berdua, Mahendran dan Mohandas yang mendaki gunung itu bersama 20 pendaki, berjaya menjejak kaki di puncak gunung itu pada 23 Mei 1997 pada pukul 11.55 pagi.

Mereka berada di sana selama 55 hari dan berita tersebut disiarkan telah dalam televisyen.

Tetapi apakah punca nama kedua-dua orang India ini tercicir dalam dalam buku teks berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Tindakan sedemikian boleh menyebabkan sejarah yang dicipta pendaki itu dilupakan dalam masa yang akan datang.

Apakah tindakan Kementerian Pelajaran dalam hal ini? Adakah ia kecuain pengarang buku? Adakah kementerian akan mengubahnya pada tahun 2017 nanti? - sumber

*Bersabarlah Mohan, orang tanak kenang jasa geng-geng kita......apa nak buat? Atau kerana program ini cetusan idea Tun Mahathir dan Menteri Belia dan Sukan ketika itu adalah Muhyiddin yassin?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa