Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 13, 2016

Sistem pendidikan negara jadikan kebanyakan rakyat Malaysia macam robot?

Macam robot, mereka tidak boleh jawab, kata Khoo Kay Kim

Banyak soalan mengenai sejarah Malaysia tidak dapat dijawab, dan sejarawan tersohor itu menyalahkan sistem pembelajaran yang menjurus kepada menghafal.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Sejarawan negara Tan Sri Khoo Kay Kim kecewa kerana ramai rakyat Malaysia masih tidak mengenali negara sendiri, dan ini disebabkan sistem pendidikan negara yang tidak mementingkan subjek Sejarah.
“Kalau orang asing tanya tentang Malaysia, mereka tidak dapat jawab. Satu contoh, selalu saya berikan. Di seluruh dunia tiada negara ada 2 orang raja. Malaysia ada 9 raja, kenapa?
“Mereka tidak boleh jawab,” kata Khoo yang menjadi rujukan utama buku teks Sejarah di sekolah satu masa dulu.
“Di mana Kuala Lumpur bermula? Mereka tak boleh jawab. Banyak tentang negara ini mereka tidak boleh jawab.
“Ini kerana di sekolah perkara seperti ini tidak diutamakan,” katanya dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.
Beliau juga menyalahkan pembelajaran yang cenderung kepada menghafal daripada menganalisis, sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat menghayati apa yang diajar, termasuk Sejarah.
“Jadi mereka sendiri jadi robot sahaja. Kalau mereka hanya menghafal, mereka tidak semestinya faham. Itulah masalahnya,” katanya.
Komen Khoo itu di sebalik penyenaraian terkini Times Higher Education (THE), di mana universiti tempatan sekali lagi gagal menduduki senarai 100 teratas.
Universiti Malaysia yang tersenarai hanya mampu dalam lingkungan tangga 600-800 manakala 2 universiti Singapura mendahului negara Asia Tenggara yang lain dalam penyenaraian penarafan bertaraf dunia itu.
Sejarah bukan sahaja cerita
Khoo menekankan kepentingan sejarah, dan berkata ia bukan sahaja cerita tetapi merujuk kepada segala yang pernah wujud atau berlaku.
Katanya, tanpa pengetahuan mengenai zaman lampau, adalah sukar memahami perkembangan semasa.
“Dan apabila kita hendak buat persiapan masa depan, kita tidak tahu apa jadi dulu, yang membawa kepada kejayaan sekarang atau kegagalan sekarang. Jadi kita tidak boleh buat persiapan masa depan,” katanya.
Tambahnya, pemimpin perlu sedar rakyat tidak mungkin cinta pada negara kalau mereka tidak faham negara bangsa mereka sendiri.
Beliau berkata menjadi tanggungjawab pemimpin negara menyedarkan rakyat mengenai pentingnya sejarah.
“Pemimpin harus lebih sedar, masa depan bergantung pada peranan rakyat. Kalau rakyat sayang pada negara, rakyat akan sentiasa berkorban untuk negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa