Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 14, 2016

Kalau dah kurang bijak mencari sumber, lahap jerlah apa yang ada, lagi pun poket mau kembung beb!

Kelantan tak boleh terus bergantung kepada balak untuk ekonomi
14 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Orang Asli Gua Musang

Kerajaan Pas Kelantan disaran mencari alternatif ekonomi yang baharu selain hanya bergantung kepada pembalakan dan perlombongan bagi menampung perbelanjaan mereka.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri berkata, kebergantungan terhadap sumber itu memberi kesan kepada kehidupan Orang Asli negeri itu dan telah merosakkan ekosistem dan akhirnya boleh mengundang bencana.

“Apa yang saya nak tekankan, kerajaan Kelantan mesti bijak perbanyakkan lagi alternatif ekonomi yang lain dan tak hanya harap sumber balak dan perlombongan sahaja.

“Jangan salahkan pusat tak bagi royalti minyak semata-mata, bukannya kita sokong kerajaan pusat buat begitu tapi kita juga perlu cari alternatif lain untuk dimajukan seperti eko-pelancongan dan seumpamanya,” katanya.

Beliau berkata kepada Roketkini ketika melawat ke Blockade Cawas, Pos Bihai dalam program solidariti dan penyampaian sumbangan oleh NGO Himpunan Hijau kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

Selain itu, Tengku Zul turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri memberikan sebarang ganti rugi atau insentif kepada komuniti Orang Asli di sini yang terjejas.

“Apakah ada sebarang insentif kepada Orang Asli yang terjejas bila hutan mereka musnah? Adakah kerajaan negeri fikirkan apa-apa insentif kepada mereka?” soal beliau.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, beliau menggesa kepada mana-mana kerajaan negeri supaya mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk mendapatkan pandangan pakar dan komuniti Orang Asli sebelum meluluskan sesebuah pembalakan.

“Bukan tidak boleh membalak tapi kerajaan perlu kaji, buat perincian sebelum buat keputusan untuk tebang balak. Orang Asli juga ada hak-hak mereka juga. Bukan di Kelantan sahaja tapi di seluruh negeri, jangan sampai terlambat barulah nak kaji dan bincang,” ujarnya yang juga Adun Mentakab.

Tambahan pula menurut Tengku Zul, Kerajaan Pas Kelantan sering melaungkan slogan-slogan bertemakan Islam dan sewajarnya menunjukkan tauladan yang baik.

“Sekarang ni kalau kita lihat dari blockade Simpang Petei. Hutan dah banyak tebang, makin tak ada.

“Kalau hujan lebat dan banjir besar berlaku lagi, jangan salahkan tuhan sebab ini dari tangan kita sendiri, dari pengurusan yang lemah.

“Mereka (pemimpin Pas) perlu tunjukkanlah akhlak Islam yang prihatin menyayangi alam sekitar, bukan kita kaya raya tetapi Orang Asli, rakyat biasa jadi mangsa akibat kelemahan pentadbiran,” katanya lagi.

Program solidariti anjuran Himpunan Hijau pada 10 dan 11 Disember lalu turut disertai oleh Impian Kelantan, Jaringan Orang Asal SeMalaysia, individu perseorangan pencinta alam dan disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa