Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 13, 2016

Kebencian dan dendam kesumat sebagai prinsip kepimpinan ulamak?

Perkasa kecewa pendirian PAS enggan kerjasama dengan Amanah
Kenyataan Media |  Diterbitkan pada Disember 13, 2016 16:14 MYT
Pendirian PAS yang menolak untuk bekerjasama dengan Amanah mengecewakan Perkasa. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendirian PAS menolak sama sekali kerjasama atau apa juga hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah tidak wajar dan bertentangan ajaran Islam, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim turut menempelak sikap pemimpin PAS yang disifatkan meletakkan kepentingan silaturahim di bawah kepentingan politik, kebencian dan dendam kesumat sebagai prinsip kepimpinan ulamak.

"Umum mengetahui Amanah lahir dari serpihan PAS akibat bertentangan pendapat dan pertandingan pemilihan parti namun dimana iman yang dikatakan sentiasa istiqamah dalam amalan kepimpinan Islam?

"Di mana sifat maaf-memaafkan yang merupakan kekuatan kepada perpaduan ummah?" soal Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Dengan mengambil contoh parti Semangat 46, Ibrahim berkata parti serpihan UMNO itu akhirnya dibubarkan dan semua kembali ke pangkuan parti lama atas nama perpaduan Melayu.

"Tidakkah kepimpinan ulamak merasa malu jika terus berkerat rotan dan menutup pintu ke arah perpaduan ummah demi menghayati silaturahim sesama umat Islam?" soal beliau lagi.

Ibrahim berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak tawaran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Amanah dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin membuat tawaran tersebut dalam satu ucapan di Majlis Ceramah Mega anjuran PAS Selangor pada Isnin malam.

Namun biarpun tidak bersetuju dengan pendirian PAS untuk bekerjasama dengan Amanah, Ibrahim mengambil sikap berbeza atas keputusan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kerjasama dengan DAP.
Malah beliau menganggap keputusan PAS itu amat tepat dan terpuji apabila mengambil kira pengalaman kerjasama politik antara dua parti itu sebelum ini.

"Ini kerana DAP dengan angkuh dan sombong menentang RUU 355 yang diperjuangkan PAS dan hanya melibatkan umat Islam sahaja," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa