Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 15, 2016

Ketua Pemuda DPPK baling batu, jatuh ke kepala Hadi

Kawan makan kawan: Ketua Pemuda DPPK seakan sindir Presiden Pas, kata MP Sepang
15 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mohamed Hanipah Maidin

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu (DPPK), Nurul Islam Mohamed Yusoff yang mengatakan Amanah ibarat "kawan makan kawan"  sekiranya parti itu berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tradisi PKR, seakan menyindir Pas dan Presiden Pas.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin berkata walaupun secara peribadi beliau tidak mengenali Nurul Islam, tetapi apabila beliau membaca kenyataannya itu,  beliau hanya mampu tersenyum dan ketawa sahaja.

" Macam mana saya tidak senyum dan ketawa kerana kenyataannya itu semacam menyindir Pas dan Presiden Pas.

"Bila cakap soal 'kawan makan kawan' mungkin Ketua Pemuda Pas Batu kena tanya Presiden dia sendiri soalan soalan berikut:-

" Bila Presiden Pas sendiri keluarkan watikah dan benarkan calon Pas bertanding di Dun Kota Damansara- kerusi PKR dan pernah dimenangi oleh PKR yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di Dun itu dan akhirnya memenangkan calon BN, itu bukan  'kawan makan kawan' ke saudara?

"Pas tak dikira 'kawan makan kawan' ke di Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang saudara?

"Bila Presiden Pas tak mahu sokong dan berkempen untuk Dr Wan Azizah, calon PKR dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatamg Pauh, adakah itu tidak dinamakan "kawan makan kawan" ke saudara?

"Tahukah Ketua Pemuda Pas Batu bahawa para pemimpin Pas yang turun bantu Dr Wan Azizah pada masa itu majoritinya sekarang dalam kepimpinan utama Amanah?

"Bila Presiden Pas tak setuju Dr Wan Azizah jadi ketua pembangkang dan kritik pula kononnya Dr Wan Azizah tidak layak, adakah itu bukan 'kawan makan kawan' ke saudara?

"Bila Pas sanggup hantar hanya nama calon daripada Pas sahaja kepada Y.M Sultan untuk ditabal jadi MB Selangor dalam krisis MB Selangor, tidakkah itu ''uga tergolong dalam 'kawan makan kawan"? soal Hanipah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu itu pada Selasa, yang dipetik berkata,  ucapan Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan pada Konvensyen Nasional Amanah pada Sabtu lalu, yang mencadangkan agar kerusi PKR kawasan Batu yang disandang Tian Chua diberikan kepada Amanah sekiranya beliau tidak yakin pembangkang boleh menang di kawasan itu dalam PRU14.

Mohamed Hanipah yang juga Pengerusi Kanun Amanah Nasional berkata, apa yang disebut oleh Sany masih belum berlaku sedangkan segala peristiwa yang beliau nyatakan itu semua sudah pun berlaku.

"Wahai saudaraku Ketua Pemuda Pas Batu ingatlah 'Al yaqin la yadzulu bishakk," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa