Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 9, 2016

Kit Siang puji Harith Iskander ‘kalahkan badut di Parlimen’

  | December 8, 2016
Pemimpin DAP berharap pelawak solo negara berjaya memenangi pertandingan akhir di Helsinki malam ini selepas terselamat ‘persaingan sengit’ dengan menteri dan timbalan di dalam negara.
PETALING JAYA: Lim Kit Siang berharap pelawak solo Harith Iskandar muncul sebagai individu paling lucu di dunia dengan kemenangan dalam pertandingan antarabangsa, “Laugh Factory Funniest Person in the World”, di Helsinki malam ini.
Menurut ahli politik veteran DAP itu, Harith bernasib baik kerana terselamat daripada ancaman ahli politik terhadap kerjaya sebagai pelawak solo yang terpaksa bersaing dengan ahli politik “kenyataan komedi dan tindakan badut” mereka.
“Saya pernah memberi kenyataan pada Disember lalu yang tidak lama lagi pelawak seperti Harith perlu berhenti bekerja kerana menteri dan timbalan menteri seperti (Datuk) Ahmad Maslan, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan, (Datuk) Paul Low dan juga PM (Datuk Seri) Najib Razak akan mengambil alih tugas mereka.
“Nasib baik, pelawak seperti Harith dan Dr Jason Leong berjaya membuktikan mempunyai daya tahan yang kuat dan terselamat daripada ‘ancaman’ para ‘pelawak solo’ dari Parlimen dan arena politik,” kata Lim.

Dalam nada lebih serius, Lim berkata Harith mempunyai peluang baik untuk memenangi perlawanan akhir walaupun berhadapan cabaran sengit daripada Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Alex Calleja (Filipina).

“Biar semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan mereka bagi menyokong kejayaan bertaraf dunia Harith Iskander di Helsinki pada jam 8 malam ini (2.00 pagi, Jumaat di Malaysia)!”

PautanHarith Iskander dipilih pertandingan akhir lawak sedunia

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa