Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 14, 2016

Nafsu besar: Haha...silakan, di kawasan Melayu pun belum tentu ni nak ranyau di kawasan Cina?

*Entah-entah di Kelantan pun lingkup, balak pun terlungkup jadinya!

Minta-minta PRU14 dipercepatkan. Nak tengok setakat mana keangkuhan lebai-lebai PAS ni

PAS sedang kaji kerusi DAP, kata naib presiden

  | December 14, 2016
Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi DAP
KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.
Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.
“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.
Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.
“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.
“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya.

Berita baik untuk PASSaya tahu cara jatuhkan DAP, kata bekas naib pengerusi

Minta jer nasihat mamat ni.......dah puluhan tahun UMNO/BN cuba nyahkan DAP tapi tak berjaya. Tetiba mamat ni kata dia ada cara nak jatuhkan DAP. Jadi sepatutnya PAS dan BN minta nasihat darinya dengan sedikit dedak, oklah tuu!

1 comment:

  1. org yg berasa hebat.kuat .gagah.berpengaruh dan tak sedar diri..akan sentiasa bercajap besar.
    macam firaun la...sebab tak pernah sakit...dia ngaku dia tuhan...
    macam pas juga..semenjak menjak jadi penasihat umno...rasa dah kuat pulak..
    bukan kah dengan bantuan pkr dap pada pru yg lepas..pas boleh menang?
    oo lupa..pru akan datang pertolongan datang dari umno/bn untuk melawan umno/bn...
    macam katun pulak
    tak logik dek akai...niat nak kalahkan.nerebut kerusi dari umno bn...dalam masa yg sama berkerjasama dan jadi penasihat umno.. .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa