Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 14, 2016

Pemimpin pelahap darah rakyat sendiri.....

Rejim Assad sembelih kanak-kanak, wanita setiap jam
SH - 13 DISEMBER 2016
Bashar al-Assad

ALEPPO - SYRIA. Sukarelawan kemanusiaan di Aleppo merayu bantuan selepas melaporkan askar rejim Bashar al-Assad membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.

Laporan CNN mengatakan mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

"Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan," kata Syrian Observatory for Human Rights pula.

Laporan pembunuhan tersebut muncul selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.

"Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda," kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais.

Selain itu, askar kerajaan memecah masuk rumah penduduk dan menghalau penduduk Aleppo, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam.

"Mayat bergelimpangan memenuhi jalan," kata White Helmets dalam satu kenyataan.

Kaitan: Hospital Aleppo dibom Assad, 16,000 larikan diri

1 comment:

  1. sila pastikan beritanye benar sebelum menyebarkannye...
    aleppo di bebaskan bukan di jajah...tentera2 upahan yg kononnye pejuang islam dibiayi di latih dan mendapat senjata dari US,UK,france,israel,saudi,qatar,jordan dan turki..Syrian Observatory for Human Rights sudah di buktikan penipu berpangkalan di UK ahlinye hanye seorang...White Helmets bukan pertahanan awam syria...White Helmets ditubuhkan oleh bekas tentera uk yg juga tentera upahan Black Water pada 2013...ape yg berlaku di syria sudah pun berlaku di libya,iraq,afganistan dan didalangi orang yg sama

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa