Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, December 5, 2016

Perempuan. ada yang membawa malang......

ISNIN, 5 DISEMBER 2016 @ 8:08 PM 
Galah berparang ragut nyawa Yanto 
Oleh Nur Afiradina Arshad
bhnews@bh.com.my 
KETUA Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus menunjukkan galah yang digunakan untuk membunuh mangsa pada sidang media di Sungai Buloh, hari ini. - Foto Halim Salleh 

SUNGAI BULOH: Empat lelaki termasuk seorang bekas polis ditahan selepas disyaki membunuh seorang lelaki pada 28 November lalu di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang di sini, menggunakan parang yang diikat pada galah. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata tangkapan dibuat menerusi beberapa serbuan di sekitar Selangor pada Khamis dan Jumaat lalu. 

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Yanto sedang tidur di bilik bersama isteri dan anaknya sebelum ditikam dengan parang yang diikat pada galah.

"Siasatan awal mendapati galah berparang itu dijolok oleh tiga suspek dari luar rumah menerusi cermin tingkap nako yang diumpil. "Kejadian itu kemudian disedari isteri mangsa selepas terdengar mangsa mengerang kesakitan sebelum menjerit meminta bantuan jiran, manakala tiga suspek terbabit melarikan diri," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh namun selepas dua hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada bahagian usus.

"Susulan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan dan akhirnya menahan suspek dalam beberapa serbuan di Kampung Melayu Subang dan Kampung Baru Subang serta Selayang.

"Kejadian ini dipercayai didalangi empat lelaki yang mana tiga daripadanya merancang dan melaksanakan pembunuhan itu selepas diupah suspek keempat yang juga warga Indonesia.

"Soal siasat mendapati tiga suspek terbabit dikatakan menerima upah RM1,200 setiap seorang daripada dalang utama untuk membunuh Yanto gara-gara cemburu selepas mengesyaki isteri keduanya menjalin hubungan sulit dengan mangsa," katanya.

Aziz berkata, keempat-empat suspek kini direman selama tujuh hari hingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa