Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 3, 2016

PRU14: Adakah fomula ini akan disepakati Umno - Pas, Pembangkang akan lemas?

PRU14: Umno, Pas capai sepakat?
ONG BOON TECK - 3 DISEMBER 2016
Umno pas Umno dan Pas sepakat?

UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.

Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.

"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.

"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.

Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.

"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.

"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya.

* Pastinya mereka akan nafikan terutamanya PAS kerana ini adalah tanggapan DAP!

1 comment:

  1. Tahniah kpd penyokong2 pas pantai timur. Bolehlah anda tlg beri kemenangan mudah kpd umno dikawasan parlimen. Maka tercapailah matlamat apa yg anda berjuang selama ini. Tahniah sekali lagi kpd penyokong2 pas!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa