Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 15, 2016

Wanita Merempat Bawah Khemah: PAS dituduh Amanah fitnah dan jawapan berfakta dari Amanah - video inside

Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan.

Sebelum ini laman sosial hangat dengan kisah sebuah keluarga yang kononnya terpaksa merempat tinggal di bawah khemah sementara menantikan rumah kekalnya siap dibina oleh kerajaan Kelantan. Rumah asal keluarga tersebut sebelum ini musnah disebabkan Bah Kuning pada 2014 yang lepas.

Dan rentetan dari penyebaran kisah tersebut, Pemuda PAS Kelantan tampil memberikan penjelasan, menafikan semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas PAS dan kerajaan negeri Kelantan. 
Berikut dibawah ialah penjelasannya ;

PAN ( Jeming Hassan ) dan Fitnah Berpisah Tiada! 

Sehari dua ini viral gambar "rakyat miskin" yang disebut telah dizalimi oleh Kerajaan Kelantan. 

Mereka dikatakan sebagai mangsa kepada "jenayah kemanusiaan". Wah, hebat sungguh tajuk tulisan dan sebaran viral mereka! 

Sedikit fakta dan jawapan saya kepada pemuda PAN dan SAMM atas isu Hafizah binti Awang ini : 

1. Puan Hafizah ini asalnya 3 keluarga, adik beradik dia yang menetap dalam khemah selepas Bah Kuning 2014 dahulu termasuklah ayahnya yang di panggil Pak Da Awang. 

2. Pihak Pejabat Tanah telahpun memasukkan nama Hafizah ini ke dalam senarai Borang A yang akan layak menerima Rumah Kekal di Kg Tanah Puteh Gua Musang. 

3. Sementara menunggu rumah kekal siap, sudah tiga kali pihak berkuasa meminta Hafizah berpindah ke kediaman transit di Kem PLKN Gua Musang untuk keselesaan dan keselamatan keluarganya. Namun Hafizah berkeras mahu tinggal di khemah usang ini sehingga rumah kekal untuknya siap. Atas apa matlamat beliau mahu duduk di khemah ini menjadi tanda tanya kepada semua pihak. 

Adakah kerana mahu menerima simpati berterusan dan bantuan senang daripada NGO serta pelbagai lapisan masyarakat? Wallahualam. Hanya dia sendiri boleh jawab. 

4. Walaupun di peringkat kerajaan, telah pun berkali kali meminta beliau berpindah ke rumah transit di Kem PLKN bersama dengan penduduk lain ( berbelas belas keluarga), namun hanya dia SEORANG sahaja yang kekal mahu berada di khemah sehingga memburukkan imej kerajaan negeri serta boleh memberi ruang kepada fitnah dan pembina persepsi seperti apa yang sedang diviralkan saat ini. Untuk apa beliau memberikan salinan kad pengenalannya kepada pemuda PAN sedangkan rumah kekal untuknya sudah siap di Tanah Puteh? Dan hanya menunggu prasarana seperti jalan masuk, perbekalan air dan elektrik sahaja yang akan dibina oleh agensi kerajaan pusat dalam masa terdekat. 

5. Abang kepada Hafizah bernama En Mat Nor sudah mendapat rumah PPRT di Estet Chin Teck. Mereka juga sudah lama berpindah ke sana, Alhamdulillah. Pak Da Awang menetap bersama di sini saat ini. 

6. Kakak kepada Hafizah pula baru baru ini telah berpindah ke rumah kekal mangsa banjir yang dirasmikan oleh Tuanku minggu lepas. 

7. Ada lagi seorang sepupu beliau yang juga terlibat dengan banjir. Mereka juga sudah di pindahkan ke rumah kekal bantuan banjir di Kg.Batu Papan 2 (rumah yang dibina oleh YM Ku Li) 

8. Saya ingin nasihatkan pemuda PAN dan NGO SAMM, sila rujuk pihak berkuasa tempatan dan juga negeri dalam isu isu sebegini. 

Anda tidak akan menjadi jaguh rakyat dengan menyebarkan berita tidak masak sebegini. Berpolitiklah secara matang dan bijaksana. 

Catatan : Nazman Che Iberahim
- sumber

Isu Makcik Merempat Dalam Khemah Bukan Fitnah - AMANAH Dedahkan Penipuan PAS Kelantan Pula..
21:34:00  Posted by Ameno World

Episode satu disini.

Sebelum ini Amanah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan isu penempatan rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir.

Isu tersebut dijawab oleh PAS dengan mengatakan AMANAH menfitnah kerajaan negeri Kelantan. Dan ini adalah jawapan balas daripada penjelasan oleh Pemuda PAS Kelantan yang viral sebelum ini.
Baca ; 

ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH: BUKTI PEMUDA PAS BERBOHONG DAN MENCIPTA FITNAH

Lihat dan dengarlah sendiri pembohongan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) terhadap ibu Hafizah. Pemuda Pas membuat fitnah kononnya sudah 3 kali Ibu Hafizah dipujuk untuk tinggal di rumah transit PLKN tetapi menolak dan terus tinggal di dalam khemah.

Ibu Hafizah sendiri memberitahu bahawa beliau pernah tinggal sebulan di situ tetapi anaknya tidak selesa apabila sebuah bilik terpaksa berkongsi dengan 3 keluarga. Kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Ibu Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.

Hari ini saya bersama saudara Afifi Thahiri (Ngoh) (Naib Ketua Pemuda Negeri) dan Ustaz Wan Yakkob berjaya memujuk Ibu Hafizah untuk berpindah ke rumah sewa. Untuk makluman, Ibu Hafizah memang teramat ingin untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa namun hasratnya itu terlalu mahal baginya.

Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.

Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah.

Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.

Kepada Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. Tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada PAS.

Buat penyokong tegar, kamu lihat dan dengarlah sendiri video ini. Pemuda Amanah Kelantan tidak berniat untuk memalukan Pemuda PAS Kelantan, tetapi jawapan Pemuda Pas itu sendiri memalukan Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Namun, jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan 2 parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan.

Jom peduli, jom kita bantu Ibu Hafizah.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah
15 Disember 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa