Khairul Faizi Ahmad Kamil
Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional belum sampai masanya untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia menunjukkan siapa sebenar beliau dan partinya di depan rakyat.
Tun Dr Mahathir telah membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah parti berasaskan kaum dan sukar baginya menerima keahlian dari bangsa lain. UMNO adalah hanya untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India.
Dan perjuangan mereka juga berasaskan kepada kepentingan bangsa mereka masing-masing.
Tatkala rakyat bercakap soal politik merentasi kaum, perpaduan antara sesama bangsa tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, BN masih lagi berpegang pada ideologi lapuk ciptaan mereka.
Mereka mengehad dan mengecilkan keahlian hanya pada sesuatu kaum sahaja. Di mana konsepnya 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya itu?
Apa salahnya BN menjadi parti tunggal yang menerima kehadiran semua bangsa sekiranya benar mereka memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum?
PKR yang dianggap dikuasai oleh orang Melayu tetapi mempunyai pemimpinnya dari kalangan pelbagai bangsa serta memiliki ramai wakil rakyat bukan Melayu.
DAP yang dianggap parti untuk kaum Cina tetapi masih mempunyai wakil rakyat mereka dari kalangan bangsa Melayu dan India.
PAS pula, memiliki calon-calon dari kalangan bukan Islam terdiri dari kaum Cina dan India serta ada Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan kaum India dan Cina.
Bagaimana dengan UMNO, berbilang bangsakah mereka?
Budaya politik baharu yang gagal difahami oleh insan seperti Tun Dr Mahathir adalah politik merentasi budaya dan kaum dengan menolak perkauman sempit. Rakyat yang susah dan tertindas, meskipun dari jalur bangsa mana mereka, wajib dibantu dan dan ditolong.
Agak mengharukan apabila kaum Cina bangkit membela nasib orang Melayu di Kampung Bharu yang tergadai, orang Melayu yang membela tahanan India yang mati di lokap polis, serta kaum India dan Melayu sama-sama membela nasib orang Cina yang terabai dan tersisih.
Anak-anak muda pada hari ini berdiri bersama antara silang bangsa dan budaya menuntut hak mereka yang terabai, iaitu keadilan dalam kehidupan serta keprihatinan pemimpin terhadap nasib mereka.
Mereka sanggup berhimpun di mana sahaja bersama-sama tanpa membezakan bangsa dan budaya semata-mata mahu mendambakan sebuah demokrasi yang diidamkan semua bangsa.
Malangnya, ketika rakyat melaungkan slogan keadilan dan perpaduan untuk rakyat, pemimpin BN pula masih enggan menerima politik baharu ini dan masih mengamalkan politik zaman kuno yang telah ditolak oleh rakyat.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak kebelakangan ni statement Mahathir banyak yg membuka keburukan dia sendiri...seolah-olah mcm orang nyanyok!!
ReplyDeleteapa yg chedet luahkan adalah apa yg terpendam didalam kepala otok nya. so, seperti apa yg pernah dia suarakan dahulu...Perjuangan Belum selesai...apanama?
ReplyDeletedia sedang menguji kesetia ahli ahlinya sahaja...Testing testing.