Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 6, 2013

Akan Berlaku Lagikah Pendakwaan Berpilih?

Tetapi kenapa Mohd. Noor sahaja?
Kan ramai lagi pemimpin yang melakukan perkara yang sama dengan beliau termasuk Mahathir juga!

Polis selesai siasatan hasutan bekas hakim, AGC akan tentukan pendakwaan
Karpal terdahulu menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap Mohd Noor 

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Polis telah selesai menyiasat bekas hakim Mahkamah Rayuan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan hasutan, dengan kes itu sudah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk ditentukan sama ada mahu memulakan pendakwaan atau tidak, lapor Sin Chew Daily hari ini.
Polis telah menyiasat Datuk Mohd Noor Abdullah di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, lapor Sin Chew memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ACP Abdul Aziz Zakaria sebagai berkata.
Di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, mereka yang didapati mengucapkan kata-kata hasutan boleh menghadapi hukuman penjara tidak kurang tiga tahun, atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pada 12 Mei, Mohd Noor telah dilaporkan memberi amaran kepada komuniti Cina tentang tindak balas  dari komuniti Melayu, kerana dikatakan pengundi Cina mengkhianat gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya 5 Mei.
Mohd Noor, yang kini merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilaporkan menuduh Cina berkomplot untuk “merampas kuasa politik” daripada  Melayu, walaupun telah mendapatkan manfaat ekonomi daripada “setiakawan Melayu”.
“Apabila Melayu dikhianati, akan ada tindak balas dan Cina mesti menanggung akibatnya dari tindak balas Melayu,” beliau dilaporkan berkata oleh media.
Bekas hakim itu bercakap dalam forum bertajuk “Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” anjuran oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Kenyataan Mohd Noor itu mengundang kritikan awam dan ahli politik kedua-dua pihak dengan Pengerusi DAP Karpal Singah membuat laporan polis pada 15 Mei terhadap bekas hakim itu dan mendesak Peguam Negara agar mengambil tindakan sepatutnya.
“Saya melakukan ini adalah kerana kepentingan orang awam dan saya harap A-G akan mengambil tindakan cepat kerana perkara ini hanya memberikan kesan tidak baik kepada Negara,” katanya.
 Walau bagaimanapun, Karpal mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd Noor kerana bekas hakim tersebut adalah seorang yang adil dan baik sepanjang mengenalinya.
“Saya perlu kata beliau adalah seorang baik dan hakim yang adil semasa di mahkamah.
“Malah, saya sendiri terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian,” tambahnya lagi.
Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.
Akhbar itu dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.
Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa