Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 10, 2013

Black 505: Pendirian `flip flop’ PAS

Dolak dalih PAS dalam Himpunan `Black 505′
Muda Mohd. Noor | June 10, 2013
Keberapa kenyataan awal bahawa beberapa pemimpin kanan PAS ialah tidak setuju dengan perhimpunan seumpama itu

PETALING JAYA: PAS menukar gear dan kini membuat keputusan untuk menyertai secara rasmi himpunan `Black 505′ yang dipelopori PKR kononnya rakyat menolak keputusan pilihan raya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Ia bertentangan dengan beberapa kenyataan awal bahawa beberapa pemimpin kanan parti tidak setuju dengan perhimpunan seumpama itu.
Himpunan `Black 505′ dijangka diadakan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada 22 Jun.
Pendirian `flip flop’ dan keputusan yang diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak mengejutkan.
Kerana PAS sebelum ini pernah `flip flop’  dalam pelbagai isu politik termasuk mengenai hudud dan negara Islam.
Dewan Ulama, Pemuda dan beberapa pemimpin tinggi lain PAS sebelum ini mengatakan PAS tidak mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Dengan kata mudah, boleh kita fahami bahawa PAS tidak mahu membabitkan diri dengan himpunan `BIack 505′. Beberapa siri himpunan terdahulu seperti di Petaling Jaya dan Pulau Pinang pembabitan ahli PAS tidak diketahui jumlahnya.
Kecuali Mohamad Sabu, barangkali tidak ada pimpinan tinggi parti yang menyertai himpunan termasuk dari Dewan Ulama dan Pemuda.
Suara pemimpin utama
Malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku orang nombor satu PAS meminta ahli bersabar serta menerima keputusan pilihan raya umum ke 13  pada 5 Mei lalu.
Ketua Ulama, Datuk Harun Taib dan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz  serta beberapa pimpinan yang lain tidak setuju dengan sebarang perhimpunan menjatuhkan kerajaan.
‘Parti (PAS) tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13, ” kata Harun.
Entah mengapa hari ini (Isnin), Harun menyokong keputusan PAS dalam himpunan dan menganggap kenyataan beliau sebelum ini adalah peribadi.
Bagaimanapun, katanya PAS tidak akan menghalang PKR menganjurkan perhimpunan protes atau mengarahkan ahli parti itu supaya tidak menyertainya.
Baru minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed menyuarakan perkara yang sama iaitu tidak setuju dengan pehimpunan seperti itu. Dan ia ditegaskan pemimpin PAS Perak, Norazli Musa.
Kenyataan Mohamad Sabu
Namun semalam, Mohamad Sabu menyatakan, “Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman `Black 505′ yang akan di adakan pada 15 Jun (Sabtu) nanti.
“Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita.
“Kenyataan rasmi presiden (Abdul Hadi) akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
“Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti,” sambung beliau.
Apa makna semua ini?
Mengapa sekali bercakap tidak setuju kini meminta ahli PAS menyertai Black 505 itu?
Jawabannya tidak lain tidak bukan kerana mahu mengikut rentak PKR yang menerajui himpunan tersebut.
PAS menyedari parti itu tidaklah sekuat mana. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS cuma menang 20 kerusi – lebih rendah dari PKR apatah lagi DAP.
Kebangkitan PAS era baru bermula pada pilihan raya umum tahun 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan. PAS menawan Terengganu, pada 2008 menawan Kedah serta pengaruhnya menjadi semakin luas.
Selepas itu PAS semakin dekat PKR terutama dalam isu-isu nasional. PAS juga melupakan penubuhan negara Islam dan digantikan dengan  negara berkebajikan.
Pengumumpan Mohamad Sabu bahawa PAS akan menyertai himpunan Black 505, sangat penting kepada PKR. Ini kerana perhimpunan ini semakin hambar dan diakui sendiri Anwar.
Anwar mahu menunjukkan kepada rakyat dan kerajaan khususnya BN bahawa apa yang didakwa penipuan dalam pilihan raya umum itu benar dan kemenangan kerajaan ditolak rakyat jelata.
Pembangkang akan menjaja sokongan ini sehingga pilihan raya umum yang akan datang

3 comments:

  1. Semangat macam Abg Mat Sabu inilah yang menaikkan sokongan rakyat kepada PAS teutama golongan muda. Rakyat akan menggangap bahawa PAS sebuah parti yang berani melawan dan bukan sebuah parti buli atau dayus (suka kena tipu). Kepada Harun Taib, Nik Abduh dan Ust Taliban, simpan dan hurutlah janggut kamu panjang-panjang dan duduklah kamu dengan selesa, kerana rakyat akan lebih membenci orang seperti kamu melebihi puak-puak sekular dalam UMNO. Kamu tak payahlah nak tunjuk alim-alim kucing kamu semua. Kepada Nik Abduh, jangan pula bapa kamu menjadi seorang yang disanjungi dan disayangi oleh rakyat, manakala kamu pula akan nanti menjadi orang yang paling dikeji dan dibenci oleh rakyat yang cintakan perjuangan demi kebenaran.

    ReplyDelete
  2. PAS flip flop? baru tau ke bang?

    Dalam PAS ni berapa kerat yang layak digelar pejuang, ditangkap, dihambat malah disumbat dalam ISA selain beberapa kerat sperti Dr Hatta, Dr Zulkifley, Mahfuz dan dan dan... yang diketuai Mat 'Bronson' Sabu? kebanyakkannya penjual agama, bercakap lain di mulut lain dihati. bercerita tentang jihad tapi hanya berdemo pun tak sanggup dibuat...

    tuduh la apa pun tentang Mat Sabu kononnya bukan beraliran agama dan bukan bertaraf ulama, sekurang2nya dia 'walk the talk' bukan setakat cakap berdegar2 tp tahi sangkut di gelegar...

    PAS takkan kemana kalau mentaliti yang memimpin masih sama seperti di era 80an. bukan menghentam tapi demi kebaikkan ummah bersama.

    ReplyDelete
  3. Monkey Shooter dan Anon 6:03 PM

    Satu komen baik dan harap memberikan impak dan kefahaman kepada rakyat yang menyokong mereka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa