Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 7, 2013

Dalam Isu Ni, Aku Sokong Hadi!

Memang tidak ada maknanya berpindah rumah dengan membawa isi rumah yang reput yang sepatutnya diisihkan untuk ditong sampahkan dulu
Pembantu rumah yang comot dan tidak cekap juga sepatutnya dibuang kerja dan digantikan dengan yang lebih bertanggung jawab dan lebih kemas

PAS cadang tubuhkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13
KUALA LUMPUR, 7 Jun — PAS hari ini menggesa diwujudkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 bagi menyiasat segala dakwaan salah laku ketika Pilihan Raya 2013 lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, ia memberi gambaran pengendali pilihan raya itu masih tidak telus dan wujud keperluan mewujudkan post-mortem berkenaan Pilihan Raya 2013.
“Hakikatnya ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia,” kata Abdul Hadi (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi menegaskan keperluan post-mortem berkenaan adalah bagi mencari permasalahan pokok yang timbul sebelum sebarang pembaharuan dilaksanakan.
“Tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul.
“Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan,” tegasnya lagi. 
Menurut Abdul Hadi, Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusannya dengan mengadakan bantahan di seluruh negara melalui Himpunan Black 505.
Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sebelum ini mengumumkan SPR akan diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) sekaligus bagi meningkatkan imej pengendali pilihan raya tersebut.
Cadangan itu bagaimanapun dikritik pembangkang yang mahukan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar melepaskan jawatan mereka kerana dituduh tidak kompeten.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyertaan wakil pemimpin PR dalam PSC mengenai penambah baikan SPR juga tidak akan berlaku sehingga pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan.
“Barang rompakan itu serah dulu, baru kita cerita,” kata Anwar merujuk kepada penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
“SPR perlu letak jawatan, tidak kompeten, jangan cuba menipu lagi seperti kes selepas Bersih, buat PSC, kemudian menipu kami lagi,” tegasnya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa