Dia muncul dengan saranan beraninya
Published: Sabtu Jun 8, 2013 MYT 3:47:00 PM
Jawatan Tertinggi Umno Harus Dipertandingkan – MB Pahang
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak bersetuju dengan cadangan agar jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.
Beliau berkata Umno sebuah parti yang demokratik dan sekiranya ia mahu kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan, ia tidak boleh menjadi parti yang eksklusif.
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan agar jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Pada saya, ia perlu terbuka kepada semua.
"Kita menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden namun bagaimana sekiranya jawatan Presiden, Timbalan presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tidak dipertandingkan?
"Adalah lebih baik kita tidak melaksanakannya kerana ia akan menunjukkan kita autokratik," kata Adnan kepada pemberita selepas melawat Karnival Jom Heboh di Padang MPK2 di sini pada Sabtu.
Menurut Adnan, beliau berkata demikian tidak bermakna dia tidak setia kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti sebaliknya Umno tidak akan menjadi demokratik dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Sebelum ini dilaporkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan hasrat sayap itu untuk melihat tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan parti kali ini.
Beberapa pemimpin Umno, termasuk Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan turut menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim turut dilaporkan berkata bahawa sayap Pemuda telah bersetuju sebulat suara mahu Khairy kekal sebagai Ketua Pemuda Umno.
Ditanya sama ada beliau ada menimbangkan hasrat untuk bertanding jawatan berkenaan, Adnan berkata beliau tahu dia sudah tua dan mahu fokus terhadap apa yang perlu dilaksanakannya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa