Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 11, 2013

Dunia Bola Sepak Malaysia Pun Dah Berjangkit Gila Dunia Politik Juga!

EGM: Annuar tempelak Azzuddin
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
11 Jun 2013

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menempelak kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menyifatkan cadangan beliau untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sudah terlambat.

Menurut Annuar, tidak akan timbul isu lambat ataupun tidak sekiranya FAM benar-benar serius untuk menangani masalah yang berbangkit dalam badan induk bola sepak itu.

"Siapa kata sudah terlambat, EGM boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak mempunyai had tertentu.

"Inilah masalah dalam FAM, kalau mereka bertanggungjawab masalah ini tidak akan berbangkit, dan serius saya cakap masalah yang berlaku dalam FAM sebenarnya berpunca dari Azzuddin.

"Maaflah cakap, tapi ini hakikat sebenar, dalam FAM pengurusan dan pentadbiran banyak bergantung kepada kewibawaan urus setia dan urus setia itu diketuai oleh seorang Setiausaha Agung, jadi Azzuddin yang memainkan peranan dalam hal ini, tapi apa yang berlaku?," kata Annuar ketika ditemui selepas Majlis Taklimat ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Azzuddin yang menegaskan cadangan Annuar untuk mengadakan EGM sudah terlambat kerana ahli gabungan perlu mematuhi peraturan dengan menghantar notis mengenai mesyuarat berkenaan tiga bulan kepada sekretariat FAM sebelum ia ditetapkan.

Menurut Azzuddin, pihaknya tiada halangan mengadakan EGM namun lebih baik ahli gabungan menggunakan Kongres Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada 17 Ogos ini untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, meskipun Kongres FAM akan diadakan tidak lama lagi, namun kebiasaannya ia dikendalikan mengikut agenda dan kemahuan urus setia.

Sehubungan itu katanya, EGM dilihat langkah paling baik kerana segala isu yang menjadi pertikaian hari ini boleh diselesaikan secara teratur dan ahli dapat memutuskannya secara kolektif.

"Azzuddin sentiasa mempunyai jawapan tersendiri tanpa autoriti dan disebabkan itu beliau gagal memainkan peranan untuk menjadi penghubung antara ahli-ahli gabungan dengan Exco.

"Bagi saya EGM masa yang sesuai untuk semua ahli-ahli gabungan dan hasil tinjauan saya, kesemua mereka sudah bersedia untuk membawa perkara ini ke dalam EGM.

"Jadi, tidak akan ada masalah yang timbul sekiranya pihak yang menguruskan hal ini dapat melakukan dengan baik," jelas beliau.

Annuar baru-baru ini mencadangkan ahli gabungan FAM supaya berani bersuara dan mencadangkan usul untuk mengadakan EGM bagi menyelesaikan isu yang menjadi pertikaian selain ahli boleh memutuskan segala dasar secara bersama.

Kredibiliti dan kewibawaan FAM sejak kebelakangan ini kembali menjadi tumpuan apabila dikritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan cara badan induk bola sepak negara itu menangani kes separuh akhir kedua Piala FA membabitkan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Malah Tunku Ismail menerusi kenyataannya beberapa hari lalu membidas FAM yang dilihat gagal memberikan layanan adil kepada ahli gabungan, membuat keputusan dan peraturan sewenang-wenangnya serta tidak membenarkan individu atau persatuan menyuarakan pandangan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa