Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 10, 2013

EAIC Untuk Gagalkan IPCMC?

Nampaknya perdebatan belum berakhir
Apa saja namanya rakyat tidak mahu tengok 'wayang cina'
Rakyat mahu lihat hasil yang baik daripada apa saja badan yang ditubuhkan
Bukan pada nama tetapi fungsinya yang berkesan dan menguntungkan.....

EAIC dicipta untuk gagal, kata Tony Pua kepada Paul Low
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
JUNE 10, 2013
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dicipta untuk gagal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini, menyanggah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang menyamakan EAIC dengan cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Tony PuaMenurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, Low adalah “amat salah” untuk mengatakan perbezaan antara kedua-dua badan adalah nama semata-mata, berkeras EAIC hanya ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menenangkan permintaan meluas untuk IPCMC.
“Perbezaan antara kedua-dua adalah jelas dalam niat mereka, dengan EAIC ditubuhkan sebagai harimau tidak bertaring bertujuan khusus melakukan kerja kosmetik menenangkan permintaan orang ramai untuk IPCMC, disamping memenuhi bantahan lantang daripada pasukan polis,” kata Pua dalam satu kenyataan di sini.
“IPCMC seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 adalah jelas sebagai sebuah agensi untuk memeriksa, disiplin dan memupuk semangat profesionalisme dalam pasukan polis.
Setiausaha publisiti DAP mengatakan ini telah dibuktikan sepanjang tiga tahun semenjak penubuhan EAIC, di mana mereka hanya menerima bajet tahunan sebanyak RM7 juta dan hanya mempunyai seorang pegawai penyiasat dan 23 orang pekerja termasuk kerani dan pemandu.“Oleh itu, EAIC direka khusus untuk gagalkan objektif IPCMC,” katanya.
Beliau juga mengatakan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad telah mempersoalkan keberkesanan EAIC kerana semenjak penubuhannya pada September 20122 sehingga akhir 2012, EAIC hanya mencadangkan satu tindakan disiplin dan dua amaran kepada penjawat awam.
Pua berkata, kes tunggal adalah aduan terhadap seorang pegawai polis pada pertengahan tahun lepas kerana menutup kes selepas tiga hari.
Tetapi dalam kecil kerana tidak berdisiplin itu, beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar telah mengakui beliau tidak sedar jika tindakan tatatertib yang dicadangkan agar diturunkan pangkat telah dijalankan oleh pihak polis.
“Hakikat bahawa kerajaan tidak serius, dengan hanya satu pegawai penyiasat hari ini untuk melihat 19 agensi-agensi kerajaan ... adalah bukti niat keseluruhan aktiviti untuk gagal,” katanya.
Paul LowDalam satu kenyataan semalam, Low mengumumkan Kabinet telah “lebih kurang” memutuskan untuk tidak menubuhkan IPCMC tetapi akan melakukan banyak rombakan terhadap EAIC sedia ada.
Menteri yang menguruskan integriti dan rasuah itu menerangkan ini adalah kerana memperbaiki EAIC lebih baik daripada menubuhkan IPCMC dari mula.
“Yang terakhir akan melibatkan terlalu banyak masa untuk bangun dan berjalan,” kata Low. “Seperti, EAIC mengambil beberapa tahun untuk benar-benar bermula kerana masalah dan kesukaran untuk mengambil kakitangan yang berkebolehan dan berpengalaman dengan kepakaran yang diperlukan.”
Beliau menambah IPCMC dan EAIC itu adalah semata-mata perbezaan nama dan objektif utama sama adalah untuk memastikan bahawa mereka adalah bebas, mempunyai sumber yang mencukupi, kekuatan dan skop pengaruh yang akan membolehkan ia menjadi berkesan.
IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.
Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa