Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 11, 2013

Gagal Dipengaruhi Pembangkang Atau Tertipu Dengan Propaganda BN?

Jangankan bumiputra Sarawak, Melayu Kuno Semenanjung pun majoritinya masih bersama UMNO!
Pembangkang gagal pengaruhi Bumiputera
June 11, 2013
Kemenangan 25 dari 31 kerusi parlimen yang dipertandingkan jelas membuktikan sokongan padu yang kukuh daripada masyarakat Bumiputera
KUCHING: Sokongan kaum Bumiputera Sarawak terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menyumbang kepada kemenangannya pada pilihan raya umum lepas, sekali gus membuktikan bahawa masyarakat ini tidak terpengaruh dengan helah pembangkang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang berkata, kemenangan 25 dari 31 kerusi parlimen yang dipertandingkan jelas membuktikan sokongan padu yang kukuh daripada masyarakat Bumiputera.
“Ia sekali gus menggagalkan rancangan pembangkang yang ingin mempengaruhi kaum Bumiputera khususnya di kawasan luar bandar Sarawak dengan pelbagai janji kosong,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena perayaan Gawai Dayak 2013 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di salah sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.
Jelas Jabu, kerajaan BN sentiasa menepati janji dan akan sentiasa berusaha untuk memajukan serta membangunkan kawasan luar bandar khasnya menjelang tahun 2020.
Tambah beliau, kestabilan ekonomi, politik dan sosial di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang membanggakan meskipun keadaan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan.
“Tidak seperti negara-negara membangun lain yang mencapai kemerdekaan lebih awal daripada negara kita, namun keadaan ekonomi, politik dan sosial mereka tidak stabil,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pembangunan akan terus dilaksanakan bagi merealisasikan pencapaian ke arah wawasan 2020.
Pendaftaran lewat
Dalam perkembangan yang lain, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneruskan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengatasi pendaftaran lewat kelahiran di negeri ini terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihak hospital bertanggungjawab untuk memasukkan data kelahiran ke dalam sistem yang disambung terus ke pusat arahan JPN.
“Program ini adalah kesinambungan berikutan kerjasama antara dua agensi itu selepas kejayaan pelaksanaannya di Kuala Lumpur. Selain itu, kita turut menggunakan perkhidmatan doktor udara bagi membantu masyarakat pedalaman mengisi borang kelahiran.
Pihak JPN juga sudah melaksanakan program capaian atau lebih dikenali sebagai outreach dan berjaya mengurangkan kadar pendaftaran kelahiran lewat dalam negeri ini dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat Kunjungan Hormat terhadap Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama rombongan KDN di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa