Iniesta tuduh Mourinho (kiri) sebagai perosak bola sepak di Sepanyol.
PEMAIN tengah lincah Barcelona, Andres Iniesta mendakwa bekas Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho telah merosakkan permainan bola sepak.

Mourinho yang berpindah ke Stamford Bridge bagi mengendalikan Chelsea telah melalui pelbagai kontroversi yang melibatkannya dengan pemain, jurulatih dan media sepanjang tiga tahun di Santiago Bernabeu.


Antara tindakan yang mendapat perhatian ialah insiden pada 2011 di mana beliau cuba mencungkil mata jurulatih Barca, Tito Vilanova.


“Anda hanya perlu melihat kepada fakta. Beliau telah merosakkan bola sepak Sepanyol.


"Saya tidak suka bercakap tentang dia jadi jika anda tidak kisah, saya tidak akan bersuara mengenainya,” katanya.