Kalau DAP diistiharkan haram sekali pun, apa untungnya KMPP?
Status Wakil Rakyat DAP tidak akan terjejas dan Pulau Pinang masih lagi di bawah pemerintahan orang-orang DAP
Satu lagi tulin Melayukah semua ahli Kongres Melayu Pulau Pinang nih?
Yang aku nampak sebelum ni hanya lebih melayu dari melayu
Terlebih sudu dari kuah!
ROS perlu percepat kes DAP
6 Jun 2013
GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan keputusan berhubung kedudukan DAP, susulan isu pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.
Presidennya Rahmad Isahak berkata isu itu membabitkan kepentingan umum terutama di Pulau Pinang, kerana DAP menjadi peneraju dalam kerajaan pakatan di negeri itu.
"KMPP percaya ROS sudah mempunyai cukup bukti dari hasil siasatan yang dibuat sejak enam bulan lepas dan kami percaya serta yakin dengan kuasa yang ada, ROS tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Menurut Rahmad, dakwaan anggota DAP ada penipuan pada pemilihan parti adalah serius, sementelahan DAP meneraju sebuah kerajaan negeri.
Beliau mengulas kenyataan terkini ROS yang pada Jumaat lepas dilapor berkata terdapat ramai anggota DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu tidak menerima notis panggilan, sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat mengundi pada pemilihan berkenaan.
Keputusan pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa