Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 12, 2013

Oiii.....Hishamuddin Dah Matanglaa...!

Dah jauh lebih cerdik dan waras dari Mahathir dan Sepupunya!

Hishamuddin tolak serangan perkauman selepas PRU
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JUNE 12, 2013
SUBANG, 12 Jun — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) hari ini menolak serangan terhadap sesetengah kaum dan komuniti di negara ini selepas Pilihan Raya 2013 kerana ia jelasnya akan memberikan kesan buruk kepada negara.
“Saya harap itu hanya pendirian segelintir mereka yang tak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Subang di sini.
“Saya percaya orang yang matang tak ikut emosi ...  mereka tidak akan gadaikan masa depan kita dengan berpolitik, akhirnya itulah membezakan pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan yang boleh diharapkan,” kata Naib Presiden Umno itu lagi sambil mengambil contoh insiden rusuhan di Turki.
Selepas pilihan raya 5 Mei lalu, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara terbuka menyerang komuniti Cina, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan berkata keputusan pilihan raya berkenaan menggambarkan Tsunami Cina.
Pemimpin pembangkang bagaimanapun menegaskan ianya adalah Tsunami Rakyat dan bukan seperti yang dikatakan Najib.
Pilihan Raya 2013 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 133 kerusi Parlimen manakala 89 kerusi menjadi milik pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR).
Utusan Malaysia juga mengeluarkan laporan muka hadapan dengan tajuk “Apa lagi Cina mahu” yang menimbulkan kritikan daripada banyak pihak termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka di laman mikro Twitternya.
Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.
Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.
Selain Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia juga antara kumpulan yang menyerang beliau termasuk menuntut permohonan maaf terhadap kenyataannya kepada Utusan.
Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia.”
Kolumnis Utusan, Awang Selamat turut menggesa Utusan supaya tidak lagi enerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa