Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 12, 2013

Satu-Satunya Kecekapan FAM.......

Cukup cepat dan pandai dalam menghukum Pengkritik tetapi lembam dan hilang punca dalam meningkat dan memajukan mutu Bola Sepak!
FAM kaji kenyataan terbaru Shahidan
June 12, 2013
Menteri di JPM itu menyifatkan undang-undang yang diguna pakai oleh FAM kepada pengkritik mereka sebagai 'tidak siuman'

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji terlebih dahulu kenyataan terbaharu bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum mengambil tindakan lanjut.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman berkata pada masa sama, badan induk itu perlu melihat sama ada tindakan boleh diambil terhadap Shahidan atau sebaliknya, memandangkan bekas menteri besar Perlis itu, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kita harus melihat posisi beliau (Shahidan sebagai menteri) sebelum mengambil tindakan lanjut…sekiranya tindakan perlu diambil, Jawatankuasa Eksekutif FAM mungkin yang akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita juga sedang mengumpul segala bukti mengenai kenyataan beliau (kritikan terhadap FAM) bukan sahaja menerusi laporan daripada Sekretariat FAM tetapi  kenyataan akhbar dan sebagainya,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam laporan akhbar hari ini, Shahidan mencabar FAM untuk memecat terus beliau daripada menganggotai badan induk bola sepak kebangsaan itu dan tidak membuang masa memanggilnya untuk dibicarakan.
Laporan itu turut menyebut bahawa Shahidan menyifatkan undang-undang yang diguna pakai oleh FAM kepada pengkritik mereka sebagai ‘tidak siuman’.
Selain digantung 30 bulan, Shahidan turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.
Penggantungan terhadap bekas Presiden PFA itu adalah kerana beliau mengkritik FAM yang enggan membantu pasukan menghadapi masalah kewangan seperti PFA selain menuntut transformasi dalam pentadbiran badan induk itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dipetik sebagai berkata beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menilai sama ada Shahidan wajar dibicarakan selepas mengkritik badan induk itu biarpun dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan.
Sementara itu, Azzuddin dalam SMS kepada Bernama hari ini berkata pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan bagi menjaga imej FAM selaku badan pentadbir bola sepak negara.
“Tak wajar saya berbalah dengan menteri melalui media, terima kasih,” katanya - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa