Melayu Memang Mudah Lupa
Posted on Thursday, June 06 @ 14:26:59 MYT
Oleh: Iqbal
"Setelah berakhirnya PRU13 dengan keputusannya membuatkan umno mengelabah. Seperti mana yang kita ketahui pencapaian umno dalam PRU13 adalah lebih buruk jika dibandingkan dengaenjain PRU12.
Maka bermulalah asakan yang kononnya pada perkiraan akhbar-akhbar ultra melayu akan membangkit dan menyedarkan orang melayu dari lena.
Sebenarnya selama hampir 56 tahun orang melayu dilenakan oleh umno. Kalau orang-orang Jepun bangkit dengan gagahnya setelah Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan BOM ATOM dan hari ini mereka menjadi kuasa dunia dalam bidang ekonomi tanpa adanya kuasa dalam bidang ketenteraan dibelakangnya seperti Amerika dan Russia.
Orang melayu tidak mahu belajar dari sejarah. Kita diajar supaya menangisi apa yang dikatakan sejarah. DIINGATKAN......INGAT APA YANG BERLAKU SEWAKTU DARURAT DAHULU ( walaupun anak-anak sekarang tak tahu pun apa itu darurat. Aku sendiri tidak mengalaminya kerana lahir waktu merdeka . cuma bapa dan ibu pernah menceritakan). INGAT.... peristiwa 13 Mei ( aku darjah 6). INGAT...kalau melayu hilang kuasa.INGAT.....kalau cina dapat kausa.
Tetapi sejauh mana orang melayu ingat sejarah lampau. Sewaktu dibangku sekolah dahulu kami belajar TARAWIKH . Dua figur penting diPerak aku masih ingat lagi iaitu LONG JAFAAR dan NGAH IBRAHIM. Perak senonim dengan bijih timah . Bijih timah pula senonim dengan orang-orang cina . Oleh kerana tiadanya orang-orang melayu yang mahu bekerja dilombong2 timah maka Inggeris membawa orang-orang cina sebagai buruh dilombong-lombong. Disinilah bermulanya kedatangan orang-orang cina ketanah melayu.
Begitu juga dengan diladang-ladang getah. Kerana keberatan bangsa melayu ( kononnya hina jadi kuli )bekerja diladang-ladang getah MAKA Inggeris membawa buruh-buruh dari India. Disinilah bermulanya sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu.
MORAL OF THE STORY semua ini adalah kerana MALASnya orang-orang melayu.
Hari ini sejarah lombong bijih timah dan ladang-ladang getah berulang lagi. Lihat sektor pembinaan. Bangsa dari manakah yang menguasainya ? TST (tahu sama tahu ) iaitu bangsa jawa dari Indonesia. Merekalah yang menguasai sektor ini seperti manadahulu orang cina menguasai lombong bijih dan indiaorang india menguasai ladang getah.
Kalau hari ini akhbar-akhbar merapu mengajak orang melayu beringat-ingat tentang orang cina, maka tak lama lagi akhbar merapu ini akan mengajak orang melayu beringat dengan orang-orang indonesia.
Lihat saja dibandar-bandar besar bagaimana kedai-kedai makan mamak sebesar-besar ada. Kedai makan melayu...alahai.
Dikalangan orang melayu yang besar-besar adalah rumah pemimpin-pemimpin umno. Wang yang mereka timbunkan untuk diri dan keluarga mereka saja. Apakah mereka peduli kepada orang-orang melayu yang susah dan miskin dikeliling mereka ?
Sebagai contoh, yang dapat ban-ban balak ( DULU HINGGA KINI ) hanyalah para pemimpin dan kroni umno. Kita nak tanya akhbar merapu umno SILA TUNJUKKAN DIMANA ADA SAWMIL-SAWMIL MELAYU ? Apa yang mereka lakukan ialah.....DAPAT KAWASAN BALAK kemudian CARI TAUKEH SAWMIL dan jual pada taukeh. Wang juta2 itu difaridkan dikalangan empat lima kerat kroni2 mereka. Ada mereka beri sedikit wang kepada orang2 melayu yang susah ?
Sebaliknya pemilik sawmil DAH TENTU CINA setidak-tidaknya menyediakan peluang pekerjaan kepada melayu2 yang susah walaupun dengan gaji RM700-800. So siapa tolong siapa ?
Sebab itu aku meluat melihat berita-berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar merapu yang kononnya perihatin kepada nasib melayu. Hakikatnya akhbar nerapu berusaha untuk memastikan bangsawan umno ini terus berkuasa dan terus mengumpul kekayaan.
Syukur aku berpelajaran. Seandainya tidak berpoelajaran sudah pasti aku selama-lamanya dijadi kuda tunggangan dan di jadikan batu loncatan sebagai pembekal kuasa kepada bangsawan umno.
BAGI AKU POLITIK ADALAH WAHANA UNTUK MENABUR BAKTI BUKAN LUBUK MENGUMPUL HARTA."
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa