Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 5, 2014

Bagaimana Kalau Mereka Pula Berdemo Di Hadapan Masjid Pada Hari Jumaat?

Pada aku bukan soal siapa bersama mereka
Soalnya kenapa 'Melayu' provoke mereka dengan berdemo?
Adakah itu yang dikehendaki Allah dan RasulNya?
Kalau mereka bertindak balas, tidakkah haru jadinya?

'K'jaan gagal bersuara isu demo depan gereja'
Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir menyelar pemimpin kerajaan yang menurutnya gagar bersuara apabila muncul golongan yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi di depan gereja sejak seminggu lalu.

Beliau merujuk kepada tindakan kumpulan pendesak Solidariti Ummah Klang yang menuntut agar golongan Kristian menurut larangan kerajaan yang menghalang penganut tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

Marina pada pagi ini hadir dalam perhimpunan di hadapan gereja Lady of Lourdes di Klang bersama kira-kira 40 orang yang kebanyakan penganut Islam, sebagai tanda solidariti dengan penganut Kristian.

Pada masa sama, kumpulan kira-kira 100 orang bersama Solidariti Ummah Klang berhimpun di satu kawasan padang berhampiran.

Marina berkata kerajaan enggan menghalang tindakan kumpulan konservatif tersebut yang mengambil pendirian yang bertentangan.

"Pemimpin kita tidak harus diam,” katanya yang mendakwa menerima banyak aduan berhubung sikap kerajaan dalam isu ini.

“Semua orang terkejut, bukan saya seorang. Semuanya bertanya, di mana pemimpin kita? Sebagai pemimpin yang hebat, dia sepatutnya berada di sini, bersama kita,” katanya tanpa menamakan mana-mana individu.

Ditanya sekiranya beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata: ”Sesiapa saja. Dia sepatutnya ada di sini. Seorang pemimpin sepatutnya lebih baik dari kami.” - sumber

2 comments:

  1. jangan termakan umpan yang sedang ditabur oleh puak 2 kalau tak kenai lagi cara depa susah la. kalau betoi nak jaga Islam tak la masyarakat Islam la ni jadi macam macam. sepatutnya putra jaya tidak jadi macam kl yang penuh dengan tempat maksiat la ni apa jadi putra jaya asal bersih la ni dah mula nak kotor

    ReplyDelete
  2. Keputusan mahkamah diikuti dgn titah sultan menjadikan keadaan bercelaru, padahal ianya satu perkara yg mudah dan kini merumitkan keadaan. Ada sesuatu yg janggal natijah terhasil drp 2 faktor tadi. Perkara yg tidak kusut diolah supaya menjadi kusut. Puncanya adalah tidak memenuhi kehendak perlembagaan persekutuan dan ajaran agama islam itu sendiri. Puak2 yg mahukan perkara ini terjadi tentulah sedang bergembira sekarang, tanpa menyedari mereka telah melakukan kerosakan imej kpd islam itu sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa