Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 15, 2014

Bijakkah Habiskan RM4 Juta Hantar Pasukan Ke Ceruk Dapur?

Bertanding di liga divisyen dua Australia?
Apa standardnya liga divisyen dua Australia?
Kalau takut orang kata tak buat kerja, bertindaklah kepada perkara yang betul dan memberikan untung!
Itulah sebabnya ramai yang kata membazir

‘Siapa kata bazir’

Hamidin minta isu RM4 juta dibelanja FAM untuk skuad Harimau A ke Liga Queensland dilihat secara positif

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam tampil menegaskan perbelanjaan RM4 juta untuk tujuan skuad Harimau Muda A beraksi enam bulan dalam saingan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bermula Mac depan tidak seharusnya ‘dijadikan isu’ oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya yakin keputusan menghantar skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bersaing dalam liga divisyen dua Australia itu mampu membantu meningkat dan mematangkan corak permainan mereka. 


Tak buat kerja 

“Jika kita (FAM) tak buat program, orang cakap kita tak buat kerja. Jadi apa yang penting, kita perlu sentiasa memandang sesuatu usaha itu secara positif.

Apa saja program memerlukan kewangan.

“Dengan menyertai NPL Queensland ini, pemain muda kita akan dapat bersaing dengan pemain lebih senior dan kita sedia maklum taraf liga di sini sudah meningkat walaupun separuh profesional.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa