Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 13, 2014

Boss Yang Bertanggung Jawab Dan Tahu Malu!

Walau pun dirinya sendiri tidak ditahan dan disiasat tapi dia rela mengambil tanggung jawab.....
Itu baru Datuk Bandar
Menteri dan pemimpin kita?

Ahad Januari 12, 2014
Datuk Bandar Di Itali Letak Jawatan Dakwaan Skandal Rasuah
ROME: Datuk Bandar L' Aquila sebuah bandar di Itali yang sebahagiannya musnah dalam gempa bumi pada 2009 yang mengorbankan 309 orang, pada Sabtu meletakkan jawatan berikutan skandal rasuah yang melibatkan ahli pasukannya.
"Saya tidak memberikan kesahihan. Saya letih. Saya marah. Saya sangat menderita terhadap serangan media. Sebab itulah saya meletakkan jawatan," kata Massimo Cialente kepada pemberita.
"Saya faham bahawa saya tidak lagi berguna dalam bandar ini dan saya mungkin juga menjadi halangan," katanya.
Empat orang daripada pasukan pentadbirannya diletakkan di bawah tahanan pada Rabu untuk dakwaan rasuah berkaitan kontrak pembinaan semula berikutan gempa bumi di tengah bandar Itali.
Empat lagi telah diberitahu bahawa mereka sedang disiasat, termasuk Timbalan Datuk Bandar Roberto Riga dan seorang pegawai tempatan yang bertanggungjawab untuk pemasangan monumen rosak.
Polis berkata lapan orang yang berada di bawah siasatan menerima sejumlah 500,000 euro (AS$680,000) sogokan daripada firma-firma pembinaan.
L' Aquila dan kawasan sekitarnya di pergunungan Apennine musnah akibat gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa