Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 14, 2014

Datuk Setan: Sesatkan Cucu

Cer mai sini aku nak test
Betul kebal ker idak?
Ko jangan dok harapkan ilmu setan tu!

Pusaka songsang
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Mohd Hafizee Mohd Arop
Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad.”
KAIN mantera perlu dililit pada kaki untuk keberkesanan
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa