Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 9, 2014

Diarah Jangan Tembak?

Kenapa tak boleh tembak agaknya anggota VAT69 pun tak tahu kenapa arahan itu dikeluarkan
Tak ada pula ditanya di Mahkamah
Tektikal atau apa sebenarnya?
Atau mereka masih dianggap tetamu walau pun mereka adalah penceroboh dan bersenjata lengkap?

VAT69 diarah jangan tembak pengganas Sulu

Pasukan penembak hendap VAT69 yang menjalankan operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas diberi arahan supaya tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas Sulu jika mereka dikesan.
    
Supt Mancha Anak Laga dari unit Komando VAT69 Pasukan Gerakan Am (PGA) berkata arahan itu diberi oleh Komander Taktikal Operasi Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu taklimat di sebelah pagi sebelum Mancha dan pasukannya selain empat pasukan lagi memasuki kampung itu untuk menjalankan operasi berkenaan.
    
"Kami tidak dibenarkan menyerang atau melepaskan tembakan ke arah penceroboh bersenjata (jika dikesan) melainkan kami diserang atau ditembak terlebih dahulu oleh penceroboh itu," beliau memberitahu Mahkamah Tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
    
Mancha memberi keterangan dalam perbicaraan 30 orang yang berdepan pelbagai pertuduhan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah tahun lepas.
    
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed berhubung kedudukan sekumpulan 35-40 pengganas ketika mereka meneriak kepada pasukan penembak hendap "Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!" sebelum pertempuran tercetus pada hari berkenaan, Mancha berkata: "berselerak, tetapi dekat antara satu sama lain)."
    
Dua puluh dua daripada 30 individu dibicarakan bersama, termasuk dua lelaki rakyat Malaysia, terhadap pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan menjadi anggota kumpulan pengganas, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Daripada 22 orang itu, seorang berdepan dua pertuduhan tambahan merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui menjadi anggota kumpulan pengganas.

Lima daripada lapan lagi tertuduh didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas; seorang daripada mereka, satu-satunya wanita daripada 30 orang itu yang juga warga Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya menjadi anggota kumpulan pengganas, manakala dua lagi didakwa cuba melindungi orang yang diketahui menjadi anggota kumpulan pengganas.
    
Bakinya adalah warga Filipina.  Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Sementara itu, Manca memberitahu Mahkamah bahawa anggota keselamatan menemui pelbagai jenis senjata api termasuk rifel M16 dan senapang M1 Garand selepas bertempur dengan pengganas.
    
Superintenden Mancha Anak Laga, saksi ketiga dalam perbicaraan melibatkan 30 tertuduh yang bersidang di Penjara Pusat Kota Kinabalu berkata senjata itu ditemui di kawasan sekitar medan pertempuran selepas pertempuran tercetus pada 1 Mac tahun lepas.
    
Katanya, jenis senjata api yang ditemui ialah dua pucuk rifel M16 dan dua laras senapang jenis M1 Garand model Springfield Armory manakala pistol pula jenis revolver .38.
    
Terdahulu, Mancha membuat pengecaman terhadap kesemua senjata api terbabit setelah dikemukakan pihak pendakwaan.
    
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed bagaimana beliau boleh mengecam senjata terbabit, Mancha berkata terdapat tanda fizikal pada senjata berkenaan seperti tali sling senjata itu.
    
Mancha turut memaklumkan beliau dapat mengecam tiga unit selongsong pelancar bom tangan yang dikemukakan pihak pendakwaan yang ditemui anggota keselamatan Malaysia berdasarkan bentuk dan warna peralatan berkenaan.
    
Selain itu beliau juga mengecam lapan magazin, tujuh daripadanya mengandungi peluru hidup dan satu kosong, yang ditemui di kawasan pertempuran.
    
Ditanya jika ada senjata lain ditemui, Mancha berkata anggota keselamatan turut menemui enam bilah parang.
    
Katanya semua senjata yang ditemui diserahkan kepada DSP Syed Ahmad Tajuddin iaitu Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke-17 PGA Lahad Datu pada 1 Mac 2013 pukul 1.30 tengah hari di lokasi pertempuran.
    
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung, bersambung esok. - sumber

5 comments:

  1. Abe,

    Macam perbicaraan kes bunuh altantuya lah. Motif pembunuhan tidak disoalsiasat. Last2 hakim kata motif tak penting .

    Agaknya sebab kedua polis yang bunuh altantuya tu tak kenal mangsanya maka motif tak penting....hehe. saja2 gatal tangan kot.

    ReplyDelete
  2. bat8

    Abe pun tak faham dari dulu lagi. Abe ikut perkembangan peristiwa tu, tapi tandak tanduk pasukan bersenjata kita abe tak faham dan meragukan.

    ReplyDelete
  3. A parang?

    Teringat pulak parang dalam longkang masa konsert turun minggu lepas.

    ReplyDelete
  4. Kalau tembak, mereka mati. Hilang satu undi untuk dacing. Takkan tak faham2.

    ReplyDelete
  5. ada dua tiga kes besar yang pelaku telah ditangkap tapi sampai sekarang belum didakwa mungkin terlalu rumit

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa