Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 15, 2014

Gua Cha Walau Pun Tempat Bersejarah Tapi Sebenarnya Tak Apa-Apa Kecuali Kepada.......

Saya pernah berkunjung ke sini tapi tak ada apa untuk dilihat oleh manusia jenis saya ni kecuali orang-orang yang ahli dalam mengkaji sejarah, batoni

Yang ada hanya lubang besar kesan digali untuk ekskavasi dan batu batan berlapis yang berwarna warni. Di laluan untuk ke gua dari sungai amat berlumpur dan lekit. Di sekitarnya penuhi pokok paku pakis jenis boleh dibuat sayur.

Saya singgah di sini ketika saya mengetuai ekspedisi berakit/tubing yang disertai oleh kawan-kawan satu jabatan dengan saya

Laluan tubing/berakit di sungai Nenggiri ini dipenuhi olehberpuluh jeram yang mencabar
Amat seronok dengan cabaran

Gua Cha sepi tanpa pengunjung
ALAUDIN MA
15 Januari 2014

Lubang besar pernah ditemui rangka manusia terpanjang di dunia yang dipercayai berusia beratus tahun

GUA MUSANG - Gua Cha yang menjadi destinasi pelancongan menarik sebelum ini terus menjadi tanya orang ramai termasuk penduduk tempatan apabila suasana kawasan itu yang semakin terbiar dan kemudahan disediakan rosak hingga sepi daripada kunjungan orang ramai

Nama tempat bersejarah yang pernah menjadi pusat ekspedisi berakit peringkat antarabangsa Sungai Nenggiri terletak di Pos Tohoi, dekat sini, itu kemungkinan akan tinggal dalam kenangan jika ia tidak dibangunkan semula.

Kebanyakan pengunjung sama ada peserta ekspedisi yang ingin berkhemah di situ yang sebelum ini dapat gunakan bilik mandi serta tandas yang selesa, namun sekarang terpaksa menggunakan pengkalan di sungai berkenaan untuk berbuat demikian kerana kemudahan terbiar.
   
Selain itu, air sungai yang selalu keruh dan berselut  akibat daripada pembukaan tanah yang tidak terkawal khususnya di Lojing menyebabkan pengunjung semakin kurang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekspedisi lasak itu.
     
Tinjauan mendapati, hampir semua bilik mandi dan tandas yang disediakan di kawasan pusat pelancongan itu rosak hingga sesetengahnya runtuh yang boleh menyusahkan pengunjung untuk berkhemah sebelum memulakan ekspedisi berakit.
     
Seorang pengunjung, Kamarul Ishak, 41, berkata tempat bersejarah kerana pernah ditemui rangka manusia terpanjang di dunia yang dipercayai mati dan ditanam dalam gua berkenaan beratus tahun lalu perlu dijaga dengan baik.
     
Katanya, ini kerana ia menjadi tarikan pengunjung sepanjang masa bagi melihat sendiri Gua Cha di samping berpeluang menyertai ekspedisi berakit yang dianjurkan pelbagai pihak dari situ ke kampung Orang Asli di Pos Pulat.
     
Beliau mengakui memang sukar untuk pengunjung mandi atau membuang air berikutan kemudahan tandas awam terbiar rosak sejak lebih dua tahun lalu tanpa ada pihak yang mengambil perhatian untuk membaik pulih.
     
“Kami rasa sedih juga melihat kawasan persekitaran yang bukan sahaja kemudahan seperti itu rosak, malah banyak lagi yang terbiar hingga boleh menjejaskan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Masalah yang paling utama menyebabkan kurang aktiviti berakit itu disebabkan air sungai berkenaan kotor dan berselut kesan daripada kegiatan pembukaan tanah di Hulu Kelantan yang tidak terkawal,” katanya.

Beliau mencadangkan kepada pelbagai pihak supaya dibangunkan semua bagi aktiviti riadah yang kemungkinan boleh menari semula pengunjung kerana ia berpeluang berkelah bersama keluarga.
     
Faris Abdullah, 34, pula berkata, jika perkara itu diselenggarakan selalu ia boleh menjadi destinasi pelancongan paling tersohor di negara ini kerana selalu menarik tumpuan pengkaji sejarah yang datang dari merata tempat.
     
Beliau yang kerap berkunjung ke Gua Cha itu untuk menyertai ekspedisi berakit turut terkejut melihat kawasan berkenaan  yang kurang penjagaan hingga tidak tergamak untuk bermalam di situ walaupun memasang khemah.
     
“Sepatutnya keadaan tidak berlaku sedemikian kerana boleh dikatakan sepanjang masa akan sahaja kumpulan dari merata tempat yang datang untuk menjalankan aktiviti lasak termasuk mendaki gua itu atau aktiviti lain yang mencabar.

“Kawasan berkenaan juga semakin takut dikunjungi kerana dipenuhi hutang walaupun ia terletak di tepi Sungai Nenggiri untuk laluan ke Pos Pulat,” katanya.

1 comment:

  1. Witam
    Zobaczył ktokolwiek tą witerynę i powiedział coś o jej wyglądzie? [url=https://Awokado.co.pl/]Awokado[/url]

    Wszędzie dobrze ale w domu najlepiej.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa